Menangisi sebuah keliru..
Sudahkah anda lihat video yang saya letak di RosVideoCeramah tentang ucapan wakil HAMAS ketika beliau datang ke Malaysia pada 16 Mei 2006 lalu?Jika belum,saya terlalu berbesar hati jika anda boleh meluangkan sedikit masa untuk merenungi ucapan Dr Khaliell Ismael Hayyad yang begitu menyentuh hati.Lebih-lebih lagi selepas kita dikejutkan dengan berita cubaan membunuh keatas Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyeh dan berita kemungkinan untuk pilihanraya berlaku lebih awal di Palestin.
Hamas yang dipilih rakyat dan menjadi kerajaan secara demokrasi,dipulaukan oleh Israel dan Amerika syarikat.Hamas dikecewakan lagi apabila kerajaan Malaysia tidak mengi'tiraf menteri luar Hamas,Dr Mahmoud Zahar ketika persidangan menteri luar NAM dan diganti dengan wakil PLO Farouq Qadumi.Bagi pejuang palestin,perasaan apabila dikecewakan sudah terlalu biasa bagi mereka.Sejarah membuktikan entah berapa puluh kali mereka dikecewakan dan dikesampingan dan hanya menjadi watak sampingan dipersada antarabangsa.
Sesiapa jua,walhal orang jepun sendiri tidak mampu untuk berfikir logik bagaimana boleh wujud negara haram Israel.Tetapi isu tersebut seolah-olah "ditidakmengapakan" oleh media-media barat dan lebih teruk apabila rakyat palestin pula yang dituduh pengganas.Inilah situasi yang kita hadapi dan negara-negara islam setakat ini hanya mampu berdiskusi, bersimpati, kesal, dan beberapa perkataan lagi yang sewaktu dengannya.Sememangnya itulah yang berlaku didalam sejarah,apabila mereka bangkit menentang yahudi pada tahun 1948,negara-negara arab mendiamkan diri seribu bahasa.Selepas itu,perjuangan mereka diselubungi kecewa dan kecewa.Namun disana ada janji yang benar dari Rasulullah saw:Akan tetap ada dikalangan ummat aku satu golongan yang bangun dengan berani menyatakan yang benar dari agama islam,mereka tidak boleh ditundukkan oleh orang yang mengecewakan mereka.Mengikut riwayat imam Ahmad dalam al-musnad,sahabat bertanya siapakah mereka wahai rasulullah?Jawab rasulullah,mereka ialah penduduk baitul maqdis dan penduduk yang mengelilingi baitul maqdis.
Api perjuangan ummat ini tidak mungkin padam.Biarpun mereka berhelah dengan bermacam-macam helah.Mereka ingin memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut(ucapan dan media)mereka, dan Allah akan tetap menyempurnakan cahayaNya,meskipun dibenci oleh orang-orang kafir.[At-taubah 32]
Kadang-kadang saya sempat bertanya kepada diri sendiri,jika memegang agama islam diakhir zaman itu bagaikan menggengam bara,terasakah bara yang saya genggam?Ataukah benda lain yang saya genggam?Namun bagi pejuang-pejuang di palestin,setiap hari hati mereka melecur dan terhiris.Ingatkah lagi kepada peristiwa deir yassin?Ingatkah lagi sabra dan shatila?Mereka kecewa lagi apabila Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh hingga ke leher dan hanya mampu bercakap yang memimpin Hamas di syahidkan oleh Allah.Kita tidak boleh berfikir,bagaimana seorang yang lumpuh boleh syahid.Seorang tua yang lumpuh biasanya akan mati dipembaringan.Tetapi Syeikh Ahmad Yassin dihadiahkan syahid,sesuatu perkara yang cukup manis dalam perjuangan.Namun renungkan luahan hati Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau masih bernafas:
Perjuangan bukan hanya lengkap apabila diungkap di mulut,perjuangan harus diteruskan dengan perbuatan.Itulah yang telah dibuktikan oleh Syeikh Ahmad Yassin dengan memimpin Hamas.Saya tersentak apabila mendengar berita dari rombongan ke Lubnan.Apabila ditanya kepada wakil Hisbullah di Lubnan "Apakah boleh jika kami hantarkan sukarelawan untuk berjihad ke sini?"Hisbullah menjawab"Kamu baliklah dan lawanlah yahudi dinegara kamu!" Ya,itulah realitinya.Yahudi di negara sendiri masih beraja dan bertahta.Tetapi kelibatnya dighaibkan dengan jelmaan keindahan, kemajuan, keselesaan, dan ketamadunan palsu.
Sesungguhnya aku,seorang tua yang lemah,tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh).Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(yang perlahan ini).
Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab,sudah sampai ketahap mana keadaan ini?
Ya Allah,perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah dan ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman[Dari buku Freemason:Musuh dalam menghancurkan islam]
Diantara kecewa dan hampa,saya nukilkan buat kita semua:Saudara,
wassalam
Berzaman kau tangisi sebuah diri
Nan terketar-ketar mengigit keliru
Mengidamkan bisa bercambah tunas bangkit
Setelah semangatmu direntus
Setelah kelekaanmu diperli
Pada jatuhnya Uthmaniah itu
Belumpun reda musim berkabung
Jiwamu teruji lagi
Pabila bumi ambia itu tergadai
Hari itu tidak bisa melupai deir yassin
Detik mula saudaramu terperosok
Ke kubangan lemah lagi hina
Hari itu diri mu menangis
Memanggil-manggil khilafah ghaib
"Tolonglah saudaraku....tolonglah saudaraku..."
Tiada siapa yang menyahut
Bisu seperti mu pernah bisu
Saudara,
Dikala sabra dan shatila terhiris
Bumi dan langit itu tetap disitu
Dan kamu sekali lagi menangis
Pada sebuah diri
Menjawab dalam bahasa keliru
Saudara,
Chechnya dan bosnia sudah penat
Menjadi korban sebuah kedhaifan
Afghanistan sudah bosan
Merintih dan merayu dilaluan sepi
Semuanya tertanam dikuburan simpati
Saudara,
Berzaman kini engkau masih menangis
Pada gundukan tanah yang masih merah
Pada kerebahan yang tidak pernah melawan
Pada cinta dunia yang membinasakan
Pada iman yang engkau keliru...
"Kadang-kadang saya sempat bertanya kepada diri sendiri,jika memegang agama islam diakhir zaman itu bagaikan menggengam bara,terasakah bara yang saya genggam?Ataukah benda lain yang saya genggam?"
lemah sangat sebuah diri, mahu jadi pejuang tapi tak kuat dan tiada keyakinan sepenuhnya pada Allah yang maha melindungi. adakala untuk sesuatu perkara kecil dan remeh pun tak mampu dan takut-takut nak buat, hanya kerana tak berani nak menghadapi kenyataan peritnya menggenggam bara api yang panas itu. baru sedikit dugaan dah nak mengalah... adakala belum berjuang lagi tewas hanya dengan pelbagai parasangka yg dtg dari syaitan untuk mematikan langkah perjuangan itu.... :(
susahnya nak jadi pejuang yang benar2 pejuang....
Even saya yg menulis disini masih tidak rasa "panas" bara yg tergengam..Mungkin musim dugaan dan cabaran belum tiba...
Namun kita harus sedar,menganut islam dan menghayati perjuangan kearah "islamu ya'lu wala yu'la alaih" pasti menanti dihadapan adalah tribulasi dan keperitan...Kita harus bersedia jika kita benar2 ikhlas...
.lost track walaupun ada peta. sbb... tatau bc peta.
(pe sy ckp nih?? but itu yg sy rs skrang.)
dan kita? baru terkedek-kedek nak hantar pejuang ke Lubnan? tak payah, Hizbullah dan bina semua rumah balik guna duit sendiri..
dan istana, 600juta..bagus, pastu gi sokong budaya popular ni..
orang Melayu yang sedar mcm saudara, walaupun ada, masih terlampau sikit..
kalau kita boleh usaha, walau sikit, pengaruhi yang ramai itu..
kasihan kita bukan?
kalau perjuangan boleh berjaya dalam sehari,kita akan melahirkan insan2 yang tidak matang dlm mengisi kemenangan.
Nabi Nuh berjuang selama 950 tahun,tapi kemenangan yg diberikan oleh allah terlalu sekejap.Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun,kemenangan selepas fathul mekah terlalu sekejap.Kemudian rasulullah wafat meninggalkan kita.
Yang pasti,mengisi dan mengecapi kemenangan yg skejap itu terlampau manis..dan kemenangan yg hakiki tetap di akhirat Allah..semoga kita antara yg menang disana,insyaallah..
sy juga agak keliru dgn iman yg agak pincang dan goyah.
tak tahu mahu berkongsi atau bertanya kepada siapa.
sebgai seorang manusia yg juga pd ms yg same secara automatiknye memikul tnggungjwab dai'e
dan beban dakwah itu sendiri dlm kehidupan seharian
kadangkala membuatkan sy keliru dan goyah.keliru dalam persimpangan.
buat masa ini,saya kurang dalam taa't apa lagi dalam menjauhi larangannya.satu assebabbnye,yg sy rasa sbb
musim cuti sekolah,sy tak bnyk pengaruhi org lain.sbb mungkin masa sekoolah sy bnyk jumpa org dan cuba
mempengaruhi depa dan dlm masa yg sama memeperbaiki diri sendiri.namun bila cuti sekolah menjelang seolah
virus M dan A tidak dpt dibendung.sayang sekali.sedar namun kesedaran masih di tahap minimum. paling sedih
apabila tidak dapat mempengaruhi saudara yg mempunyai talian darah.cukup keliru dan hairan.bagaimana boleh
saya tidak bertindak seperti mana saya biasa bertindak terhadap sahabat-sahabat,teman,adik2 junior.keluarga sendiri
bg sy ckup memberangsangkan.tiada sebarang masalh.namun inilah hakikatnya.pabila berdepan dengan sedara sendri hanya DUA
perkara yg akan berlaku.sama ada saya berhasil mempengaruhi saya,atau kelemahan dia mempengaruhi saya.
agak sukar bila mana ada saudara mara yg tidak se'hati'.tidak berpegang kuat pada tiang agama yg mungkin memegang tetapi tidak
menggenggam.bukan untuk berbangga.namun risau juga jika dihati terbit rasa bangga,ujub,riak.nauzubillah.
tiang agama yg masih belum mantap.apa yg saya rasa pd waktu ini,rasa berbelah bahagi.
kadang2 terbit rasa takut apa org kata trhdp kita.takut dikata extreme agama.namun,bukan itu sebab utama sy
tidak menjalankan tugas berdakwah.sy cuba cari dimana weak n strong point untuk melancarkan peluru dakwah terhadap sedara sy tu.
juga cuba mengenal dr hari ke hari setelah bersama beberapa kali untuk cuti kali ini.mencari keserasian.cuba memahami bentuk pemikiran.
bak kata bro.zul,berdakwah bertujuan juga untuk membuat org berfikir.
sy tak pasti bagaimana ingin mendekati.sebaya namun pemikiran yg cukup2 berbeza.
dalam cuba mendekati,saya juga terbabas mengikut rentak 'dunia'.ah,benci trjerumus dlm dunia!berlegar-legar di logika minda,berdosalah saya.
bilamana disebabkan ingin membuatkan sesuatu yg disukainya,namun dlm ms yg sm di sisi agama hnyla lagho semata.seriau juga bila tringat hadis tentang
berdosalah seseorang yg mengajar org membuat kejahatan dan maksiat.kdgkala,sy
sering terfikir setiap tanduk sy adakah menyebabkan org itu berbuat dosa.sentiasa bermain di logika minda.lebih dr ingin mempengaruhi seseorang
dgn perbuatan yg baik.sy berbelah bahagi.juga tak punya kekuatan.nak menegur,mungkin hny sekdar menasihat atau state kenyataan.contohnye pernah ditanya ttng 'hukum
bercouple' sy katakan haram.tapi tak bagi sebab yg jelas.krn brkaitan dgn batas prgaulan lelaki perempuan.
nak menerangkan batas peergaulan dlm islam,sy tak punya kekuatan,memandangkan latar belakang keluarganya yang
ala kadar dalam bab agama.saya risau takut dianggap islam tu kolot.namun untuk berdiam tanpa membetulkn sesuatu juga bukanlah
satu keputusan yg baik.buat masa sekrang juga,tingkah laku sy tidaklah memberangsangkan untuk mempengaruhi mereka.memandangkan ada
perkara-perkara yg lagho sy buat bersamanya tanpa menegah,melarang atau memberi nasihat.sbbb tu rase mcm tak layak je nk bg nasihat.
sbbnye kdg2 trpiki 'aku pon wat gak'.mungkin btul kata sesetengah pihak,perbuatan amat mempengaruhi org.setiap apa yg kita kata
org pasti akan melihat pada tingkah laku kita terlebih dahulu.
hari ini,brjalan2 di midvalley juga tonton wayang.inilah kali pertama menjejakkan kaki ke wayang.sake of sedara,inilah yg dikatakan sama ada saya berhasil pengaruh
dia atau dia yg akan 'control' sy.sedang asyik berjalan,tetiba nampak satu couple ni.si awek nye sdg cium pipi si balaknye.sedara sy kutuk2.tapi sy ckp lantak depa ler.lps sy ucap perkataan tu,
sy trus trpikir..'apa aku ckp ni?patutke benda ni dipandang seperti perkara biase,tanpa rasa sensitiviti.juga kesilapan yg tak patut diulangi ialah su'zon.patut sy membalas dgn berkata'mungkin depa suami isteri,so tak heranla'
tapi dgn respon sy mcm tadi,mungkin myebabkn dia berpikir,ah takheranlah dan menganngap enteng.setelah beberapa lama bersamanya,sy rasa dunia dakwah sungguh mencabar.
kerana sblum ni,kelompok yg sy jumpa hanya la budak 'baik2' belaka.namun,hakikatnya,semua yg ada disekeliling kita harus diperhati dan harus diambil perhatian untuk mencapai kesejaheraan sejagat.
juga harus buka minda untuk menerima dan memberi dgn cara yg berbeza mengikut individu.
ntah la,xtw nk solve benda ni mcmane.
rse,agak lega sedikit krn tlh meluahkn apa yg trpendam dr dasar hati.nak kata hipokrit,pretending mungkin ader 2-3%,
per2pon,syukran jazilan..(bajet mcm blog sendirik je tulis pepanjang)sumi masen=T
rasanya elok kita merenungi hadis,rasulullah bersabda:"sesiapa yang LIHAT satu kemungkaran,maka cegahlah dgn tangan,jika tidak mampu cegahlah dgn lidah,dan jika tidak mampu cegahlah dgn membenci didalam hati,dan yg demikian(benci dlm hati) adalah selemah-lemah iman"
byk kali kita terperangkap dlm situasi saudari diatas.terperangkap dlm keadaan tidak tahu memilih antara 3 pilihan,dan takut utk memilih pilihan ke3 iaitu membenci dlm hati krn kita xsuke kita adalah selemah2 iman.pilihan pertama dan kedua pula bukanlah calang2 orang yg sanggup memilihnya.
namun,jika satu kemungkaran apabila dipandang sebagai perkara yg normal tampa ada kebencian trhadap kemungkaran itu,nilailah kembali iman kita.rasanya,xperlu saudari zala terlalu complexkn pemikiran.nnti diri sendiri gagal membuat pertimbangan yg rasional.
Kita menyeru semampu kita,dan urusan hidayah kita serahkan pada Allah dan kita berdoa semoga kita diberi kekuatan oleh allah.allah xkan lupakan sebesar zarahpun pengorbanan kita pada jalan agamanya...
"dari sempit dunia kepada keluasan akhirat..."
mcmane ye kalo org yg kta nk dakwah tu dr terbabas,tgk2 kite sdr pun dh mula nk trbabas??
ntahle...tak reti nk describe cane.keadaan skang ni agk truk ckit..huhuhu dh bukak sekolah dh ni...kalo xubah caner r.
The world needs a good pendakwah like you!
smoga diberi kekuatan utk istiqamah dijln ni...