Masjid dan surau:Damainya telah kemana? (bahagian 1)

Syiar yang tiada damai?

Satu surau dan satu masjid.Itulah antara dua peristiwa yang pernah merentap naluri ketika saya melihat videonya.Setiap orang mungkin berbeza-beza cara mentafsir setiap peristiwa.Pastinya ia adalah hak yang muktamad sehingga ia bertemu Allah dan bakal menjawab soalan-soalan yang lebih hebat dari guruh dan petir di mahkamah mahsyar.

Dimana kewarasan?
Dimana tatacara kemanusiaan?
Dimana kesopanan dan kesusilaan?
Dimana keadilan?
Dimana cemerlang gemilang dan terbilang?

Peristiwa rtb bujal,dan mutakhir peristiwa kg berembang secara senyap telah meyakinkan saya tentang suatu perkara,Zalimnya Pemerintah!Zalim,kerana telah tidak meletakkan sesuatu perkara kena pada tempatnya.Manusia,bukan begitu perilakunya.Ada akal yang waras yang harus digunakan.Saya yakin,penduduk kg. berembang akan berpindah secara aman jika paling tidaknya dikurniakan rumah sementara,pampasan yang sewajarnya dan sebagainya.

masjid rtb bujal yang sudah dikuburkan

Jika tidak berapa lama dahulu,peristiwa rtb bujal menyaksikan rumah-rumah penduduk yang baru hendak dibina diatas tanah yang dikurniakan oleh pemerintah terdahulu dirampas kembali dengan mengatakan pemberian tanah itu adalah tidak sah!Penamat kepada peristiwa rtb bujal ialah perobohan masjid rtb bujal.Kemudian sekarang ini,peristiwa yang hampir sama datang menyergah kesabaran orang-orang yang benar-benar ingin berfikir dan ingin mengambil pengajaran.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah,apabila ummat islam dizalimi,perlindungan terakhir mereka ialah tempat-tempat ibadah.Di rtb bujal kg berembang bukti kepada kenyataan diatas.Apabila rumah dirobohkan,insan yang kaki masjid ataupun tidak pasti bergantung harap kepada masjid dan surau.Ianya benteng terakhir.Mungkin apabila duduk dimasjid,mereka merasa selamat dari insan yang garang dan bengis.Namun dimana kebenaran frasa "tinggal dimasjid selamat"?Kenyataan ini sedang cuba dicabar secara oleh insan yang kurang sabar!Bulan 8 tahun 2005,saya dihambat FRU ketika sedang mengikuti ceramah israk mikraj di batu 6 Kuala Terengganu.Masjid Al-Taqwa di batu 6 dibom dengan bom asap didepan mata saya!Peristiwa tersebut menyaksikan rakyat bangkit melontar batu kearah anggota FRU.

Satu masjid dan satu surau dibom asap oleh FRU.Itulah catatan pengalaman saya.Surau yang saya maksudkan ialah surau kg. Tanjung,Batu Rakit,K.Terengganu.Jika didalam perang,islam melarang dari memusnahkan rumah-rumah ibadah agama lain.Tetapi walaupun bukan dalam perang,surau dan masjid sudah menjadi medan menunjukkan kuasa dan kerakusan.Sikap tidak sabar,penting diri,angkuh,dan enggan berbincang telah meletakkan orang-orang yang berkuasa di dalam masyarakat ditempat yang begitu zalim dimata rakyat yang dizalimi.

Dinegeri-negeri tertentu,masjid dan surau sudah sunyi dari kuliah agama,kuliah maghrib,subuh dan seumpamanya.Dahulunya masjid menjadi gedung ilmu-ilmu islam,sekarang ia menjadi tempat ibadah biasa,berfungsi 5 kali sehari kemudian terkungci rapat dek takutkan pencuri.Masjid dihinakan fungsinya didalam negara sendiri kemudian kita tersenyum dan mengatakan,"ah..ia sepatutnya begitu".Generasi yang lahir dizaman "masjid yang terkungci" adalah generasi yang tidak faham akan fungsi masjid yang sebenar.Generasi ini generasi yang akan meneruskan apa yang mereka warisi oleh imam,bilal dan siak-siak masjid dan akan mereka warisi pula kepada anak cucu mereka dimasa akan datang.

"Tiang lebih banyak dari orang".Jika kita ingin melihat 50 tahun kehadapan,lihatlah insan-insan yang bakal hidup untuk 50 tahun akan datang.Tafsiran kita mungkin berbeza.Sehinggalah kita menemui Allah di yaumul mashyar.

Sambungan bahagian kedua.

.... rest of template code ....

9 Comments:

  1. Unknown said...
    salam'alaik...
    peristiwa rtb bujal tu pasal apa??
    syahid_zul said...
    rtb bujal(kemaman,terengganu) ialah peristiwa merampas balik tanah yang diberi oleh kerajaan PAS terengganu kepada rakyat oleh kerajaan yg baru naik.
    mereka mengatakan pemberian itu tidak sah!kemudian mereka merobohkan penempatan yang baru dibina dan penamatnya ialah merobohkan masjid rtb bujal itu sendiri.

    http://www.youtube.com/watch?v=E2XrB_9Cyd8

    wassalam.syukran krn komen :)
    najihah said...
    Assalamualaikum..
    hmm tak patut betul...
    sekurang2nyer biarkanlah masjid tu kat sana..tak payah roboh..
    tak ada perasaan betul diorang ni..
    Wasalam...
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    saya tak paham la!sapa yg main rampas2 ni?jap.

    awak tulis :

    peristiwa merampas balik tanah yang diberi oleh kerajaan PAS terengganu kepada rakyat oleh kerajaan yg baru naik.

    *saper yg rampas tu? pastu..

    mereka mengatakan pemberian itu tidak sah!

    mereka tu saper??kerajaan yg baru naik?kerajaan pas?saya mmg tak tau aper3 pun pasal sumer benda ni..teruknye sy..tapi tetap kene amik tau gak..=l
    syahid_zul said...
    saya disini bukan nk burukkan kerajaan yg sy xsuka atau ada kepentingan pepe,cuma saya gagal memujuk hati apabila pemerintah mula melakukan kesilapan berulang!!

    kerajaan negeri terengganu skrg dibawah umno telah merampas balik byk tanah rakyat yg telah diberikn semasa pemerintahan kerajaan pas.

    kalau awk xtau pepe pun saya xpelik.sebab negara kita memang jakun sket bab2 kebebasana media ni...
    Unknown said...
    waaa... ;-q

    ni awak tulis :
    negara kita memang jakun sket bab2 kebebasan media ni...

    ish3...ertinya??.ala jgn la gune bhs n perkataan yg pelik2.awk pun tau sy still dak skolah lagi.gune ayat budak2 je.
    tapi xper la tak salah gune bhs orang besar yg pelik ni.
    tapi kalo bab jakun ni sensitif r plak..
    ishk3..
    jakun??
    kebebasan media???
    aaaaa tak paham...=O

    negara kita jakun bab2 kebebasan media??memang ada yg cenggini ke?=c
    syahid_zul said...
    opss...sorry2..
    hehe..

    kalo awak xtau pepe pun pasal rtb bujal ke,kg berembang ke,xpela.
    sbb kalo kita just baca utusan @ brita harian je @ tgk tv3,rtm, dan seumpamanya, mmg la xde tunjuk.

    media2 ni xbebas utk melaporkan perkara2 yg membwa imej buruk kpd kerajaan.dan ia dipanggil "demokrasi"

    tapi xpe..awk jgn pk byk sgt psl..ni.skrg ni tumpu kt pelajaran dlu k.. =)
    Unknown said...
    oh...baikk!!!(tiru ayat shin chan...)=p

Post a Comment