Inginkah kita ulangi sejarah?

Jika sesiapa masih ingat memori ini,memori sebuah suntikan kebangkitan.Ianya bermula di bumi mesir di atas jasa dan perjuangan yang penuh tragis As-syahid Imam Hasan Al-Banna.Beliau dan generasinya telah mencipta satu ledakan kebangkitan, sedaya mungkin untuk bangkit dari kesedihan selepas kejatuhan khalifah di bumi Turki.Ternyata kematian Hassan Al-Banna tidak mematikan perjuangan dan gagal menghentikan gelombang yang mula tercetus.Kemudian tampil Syed Qutb dan beberapa nama lagi menghiasi persada dakwah islam.Kesannya boleh di rasai di bumi malaysia apabila pelajar-pelajar yang mendapat didikan di bumi arab pulang ke tanah air.Merekalah antara insan-insan istimewa yang di anugerahkan oleh Allah kepada bumi malaya,pulang ke tanah air dan meniupkan roh islam yang tulen ke dalam jiwa dan hati penduduknya.Kesan yang mampu dilihat ialah,tiada lagi istilah tudung 60an,ummat islam malaysia sudah mula mengenal islam itu sebagai cara hidup,perjuangan kearah negara islam,sekularisme dan seumpamanya.

Image Hosted by ImageShack.us
Dari tahun 60an ke 90an,pembaharuan demi pembaharuan,kesan dari tarbiah yang berterusan telah mengubah lanskap mindset dan persepsi ummat islam malaysia terhadap islam.Jika kita masih ingat memori itu iaitu selepas sahaja kemerdekaan,cita-cita kearah sebuah negara islam agak kurang kedengaran.Siapalah Zulkifli Muhammad pada waktu itu.Idea beliau dipandang sepi oleh rakyat malaysia yang terlalu gembira dengan kemerdekaan.Sekularisme,Nasionalisme,Kapitalisme, dan mungkin juga Liberalisme,tidak pernah kedengaran diperbincangkan di kedai-kedai kopi.Apa yang orang dahulu tahu ialah Komunisme,itupun hanya dipanggil komunis.Terlupa "isme" di belakangnya yang bererti sebuah ideologi.Rata-rata ummat islam ketika itu menganggap islam adalah sebuah agama ritual, amalan adat, nikah kawin,cerai dan talak.Agak sukar untuk bertemu dengan orang yang membicarakan tentang islam yang syumul, perjuangan islam,negara islam dan seumpamanya.Itulah zaman 60an yang telah kita tinggalkan memorinya bersama sebuah perubahan yang mengagumkan!

Biarpun mengambil masa yang panjang,namun ummat islam di malaysia membuktikan mereka sudah berubah.Tudung ala-ala El Suraya, Al Jawaher sudah jarang dipakai oleh pendakwah wanita islam.Selepas perubahan itu,pejuang islam masih lagi bimbang kerana kurang mendapat sambutan dari kalangan professional yang mendapat jolokan golongan middle class didalam masyarakat.Namun keberkesanan tarbiah yang berterusan telah menyaksikan kebangkitan mahasiswa di universiti-universiti tempatan membentuk satu perubahan baru kearah melahirkan golongan middle class berjiwa islam yang tulen.

Beberapa dekad berlalu.Namun petanda baik yang semakin berterusan ini sedang diuji oleh Allah sedikit demi sedikit.Mungkin untuk menguji ketulenan sebuah perubahan,menguji ketabahan dan kesabaran pendakwah yang jujur dengan agama-Nya yang tidak akan sekali-kali tunduk pada tekanan semasa.Perbalahan salafi ,khilafi dan wahabi sedang melanda ummat.Jika dalam bab politik,sudah terlalu terang lagi bersuluh diantara golongan yang benar dan berpura-pura.Cara terbaik untuk memecahbelahkan orang-orang yang "faham islam diperingkat pertengahan" ialah melalui cara mengelirukan "pada dahan yang samar-samar."Jika sepuluh tahun dahulu,orang yang membaca qunut semasa solat subuh dengan orang yang tidak membacanya tidak menjadi isu yang menyebabkan perdebatan.Begitu juga dengan bacaan yassin.Bacalah yassin pada malam apa sekalipun,ia tidak pernah diperdebat secara berpanjangan dan tiada berpenghujung.

Zaman itu baru sahaja berlalu.Perubahan kearah kebaikan rupanya penuh liku dan ranjau sepanjang perjalanan.Middle class sekarang ini telah berpecah dua atau mungkin lebih tepat lagi,"orang yang faham islam diperingkat pertengahan" sudah berpecah dua atau lebih.Apa yang menyebabkan perpecahan ialah kita memandang terlalu berat kepada isu yang tidak pernah dianggap isu suatu masa dulu.Kemudian ia diburukkan dengan permasalahan sikap dikalangan ummat islam.Paling sedih ialah kecalaruan ini berlaku dikalangan orang yang minat terhadap ilmu agama.Jika ia berlaku dikalangan mat rock atau mat lepak mungkin tidaklah begitu sedih.Permasalahan sikap yang terlalu cepat melabel seseorang, terlalu cepat menuduh dan mempertahankan apa sahaja pandangan di pihaknya.Masalah sikap ini di kebanyakan masa sangat mudah untuk diatasi.Senyum dan berdiam diri itu kadang-kadang boleh mengelakkan bertumbuk tetapi ummat yang melampau memilih "melawan" diatas nama "mempertahankan diri" itu sebagai satu cara yang absolute untuk menyelesaikan segala permasalahan.Tidakkah disana Allah berfirman

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati
kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka,
dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Al-Imran: 159

Permasalahan sikaplah yang menjadi sebab terbesar dalam menghuru-harakan keharmonian sebuah perubahan.Masing-masing mengengam erat pendapat masing-masing dan itulah satu-satunya pendapat yang betul.Sedangkan mereka tidak tahu,disaat mereka mengi'tiraf hanya pendapat mereka sahajalah yang betul itu,ketika itulah telah terbuka terlalu banyak pintu perbalahan.Mungkin ada yang berkata,kita berpegang kepada al-quran dan sunnah,apakah kita masih salah?Ingin kita berkata kepada mereka ini,al-quran dan sunnah yang hebat itu telah dibaca, dihadam, dikaji, di terliti dan pelbagai lagi usaha sebelum ia(Al-quran dan sunnah) difahami seperti yang sedia ada sekarang ini.Ianya hasil usaha imam-imam mazhab yang berbilang bilangan,berbilang pendapat,berbilang tafsiran dan seumpamanya.Dari angka yang berbilang itulah lahirnya 4 mazhab terbesar.Dan berpeganglah pada pendapat imam mazhab yang benar,dan berdoalah supaya kita tidak akan sesat dari petunjuknya.

Kita tidak pernah mendengar orang mazhab syafie mempertikaikan orang mazhab maliki ketika bersolat dan dalam ibadat yang lain.Namun keharmonian yang telah terbina itu makin longgar dan sekarang orang mula menyoal itu dan ini dan cuba mempertikaikan.Apakah yang mereka cari?Persamaan?Keselarasan?Seolah-olah ingin mempertikaikan sifat natural manusia yang berbilang tafsiran.Saya secara jujur ingin saya berkata,saya tidak belajar ilmu agama diperingkat yang tinggi.Hanya tahu serba sedikit.Namun satu perasaan yang terlalu pelik datang kepada saya apabila melihat orang agama yang mempertikaikan pendapat imam mazhab yang besar.Adakah persamaan makam yang mereka cari?Jika kita seorang alim besar dizaman ini,adakah kita dimakam yang sama untuk mempertikaikan as-syafie?

Saya orang yang dididik mengunakan otak kiri.Kerana itu saya terfikir akan contoh ini.Jika seorang hamba allah berkata 2+2 =4.Dan dia bermati-matian mempertahankan pendapatnya.Adakah adakah anda bersetuju dengan hamba allah tadi?Lalu datang seorang ahli fizik berkata,tidak semua situasi hukum matematik ini boleh dipakai.Ketika ini lihatlah situasi hamba allah tadi dan semua orang yang bersetuju dengannya.Ahli fizik itu akan dilabel sebagai bodoh,melawak dan sebagainya(masalah sikap berlaku-cepat melabel).Apa yang sebenarnya sedang berlaku ini hanyalah manifestasi perbezaan "makam ilmu" antara ahli fizik dan hamba allah.Apa yang ingin ahli fizik kata ialah 2+2 tidak bersamaan dengan 4 pada situasi kelajuan cahaya.Namun hakikat ini mungkin tidak diketahui oleh hamba allah tadi.Lalu tidakkah kita melihat punca bibit perpecahan yang sedang berputik kini?

Paling mengerunkan ialah apabila mengenangkan memori pahit yang pernah berlaku didalam sejarah.Kadang-kadang terfikir akankah orang-orang islam ini mengulanginya lagi.YA!Ianya ialah memori sewaktu peristiwa khalifah Uthman r.a dibunuh.Peristiwa itu telah menghuru-harakan seluruh ummah.Detik pertama orang mukmin mengacukan pedang kepada saudaranya yang juga mukmin.Apabila ditanya kepada Saidina Ali,"apakah aisyah dan pengikutnya itu dipihak yang salah wahai Ali?Tidakkah aisyah itu isteri rasulullah dan muawiyyah itu sahabat yang dijanjikan syurga oleh rasulullah?"Ali menjawab,sesungguhnya mereka tidak salah,tetapi mereka tidak lembut dalam tindakan.Dua kumpulan mukmin yang tidak salah telah bertempur dan mengorbankan terlalu ramai jiwa yang ikhlas.Sejarah mencatatkan antara sebab berlaku pertempuran ialah terdapat golongan yang melampau dikedua-dua pihak.Ada yang munafik dan ada musuh dalam selimut.Siapapun yang bersalah,ummah tetap telah berpecah.Fitnahnya terlalu besar hingga kehari ini.Syiah dan sunni.Perbalahan yang seakan tiada penghujung.Terlalu bersungguhkah kita ingin mengulangi sejarah ini?
Image Hosted by ImageShack.us
Pada asalnya saya tidak suka memperlihatkan perselisihan ini ada.Namun kehadiran perselisihan dan permasalahan sikap ini perlu keluar secara berterusan dari mulut pendakwah semoga akan ada sinar perubahan.Tidak rugi jika tidak melabel orang.Tidak rugi untuk senyum dan berdiam diri.Tidak rugi untuk berlapang dada dan menerimanya sebagai khilaf.Berlapang dada dan saling memaafilah ditempat kita berbeza dan bekerjasamalah ditempat kita saling bersetuju.Inilah pernyelesaian yang senang,namun ia telah disusahkan...!

.... rest of template code ....