Kearah mewajahkan ketulenan islam

Baru pulang dari blog ini , dan menonton video rakaman wawancara RTM bersama Dr Asri Zainul Abidin.

Ada satu pandangan yang cukup menarik diutarakan oleh Dr Asri dan perkara tersebut sudah lama bermain di minda saya sendiri.Apabila mendengar pandangan tersebut,maka semakin bersemangatlah saya untuk mengulas serba sedikit disini.

Mewajahkah islam yang tulen

Tanyalah kepada sesiapa juga ketika ini,tidak seorang pun pernah melihat wajah sebenar islam dari sudut yang menyeluruh.Wajah tersebut lenyap apabila jatuhnya sistem khalifah dibumi turki 1924 dan selepas daripada detik itu,seluruh sistem islam telah menjadi celaru dan dicelarukan.Namun sejarah telah sedaya upaya melukiskan kepada kita kembali wajah sebuah ketulenan agama yang benar.Dilukiskan apa itu kerajaan islam,negara islam ataupun khilafah islamiyyah,apa itu perundangan islam,apa itu politik islam,kesarjanaan,tamadun ilmu,kehebatan akhlak dan moral,sahsiah dan tarbiyah,merangkumi seluruh ruang lingkup tingkah laku manusia di alam ini.Disana terdapatnya maqasid syariah yang mengandungi hikmah kehebatan syariat islam dan semua itu telah dibuktikan oleh sejarah yang terukir indah bermula dari kerajaan islam madinah sehinggalah ke tahun 1924.

Ternyata kehebatan ajaran islam menjadi ketakutan kepada kuffar zionis dan sekutunya.Pakatan untuk menjatuhkan kerajaan turki uthmaniah dengan menggunakan orang islam itu sendiri dan disokong oleh orang islam yang disertai oleh ulama' yang jahat adalah satu peristiwa yang seharusnya menjadi pengajaran dan harus ditangisi dengan nada semangat untuk bangkit memperjuangkan ketulenan islam yang semakin dicelarukan.

Image Hosted by ImageShack.us

Kini,seluruh sistem islam di bumi ummat islam telah dicemari oleh sekularisme dan unsur asing yang menyesatkan dan meracuni pemikiran.
Ummat islam semakin hari semakin selesa dan semakin terbiasa dengan wajah islam yang palsu dan celaru.
Ternyata ideologi sekularisme juga menjadi peluru ghazwul fikri (perang pemikiran/budaya) yang sungguh dahsyat kesannya.Apabila wujud kebangkitan menentang sekularisme yang dipimpin oleh ulama' yang ikhlas,musuh islam menukarnya sedikit demi sedikit peluru tersebut dan menjadi liberalisme.Kita mungkin bertanya,mengapakah islam ini satu-satunya agama yang tidak dibenarkan penganutnya mengamalkan setiap ajarannya secara menyeluruh.Lihat lah agama hindu, buddha, kristian, agama yahudi,shinto dan sebagainya.Mereka bebas mengamalkan agama mereka tampa ada apa-apa ancaman fizikal ataupun ancaman psikologi.Ini adalah kerana zionis yang menjadi tulang belakang kepada dunia tidak membenarkanya supaya keengganan dan kesesatan mereka tidak terbongkar!

Saya sedih apabila beberapa tahun dahulu ada drama melayu yang menceritakan tentang terrorisme di malaysia.Kononnya ada anggota pengganas yang melaungkan Allahuakbar di bumi malaysia dan pasukan polis berusaha membanteras kegiatan kumpulan ini.Dari satu sudut,kewujudan drama yang "mengiakan tuduhan US" sebegini di lihat sebagai perlu dipaparkan untuk keselamatan negara dan sebagainya.Namun disuatu sudut yang lain,saya mentafsirkan bahawa,inilah kesan racun ghazwul fikri yang menjalari urat darah ummat ini.Presiden Amerika tidak perlu menelefon pengarah tersebut supaya membikin drama aksi sebegitu.Cukup dengan mengishtiharkan "war against terror",lalu ummat islam mengangguk tampa mengetahui makna sebenar laungan tersebut ialah "war against islam".

Wajah islam tulen yang ingin dibentuk memerlukan kepada reformasi sistem secara agresif dan menyeluruh dan bukan sahaja dengan kehadiran tokoh.Sehebat mana pun kepimpinan kita,jika masih bernaung dibawah sistem yang membenarkan kecelaruan sistem islam,seluruh usaha kita akan menjadi sia-sia.Untuk apa kita melaungkan islam hadhari jika sistem di belakang masih sistem warisan penjajah?Selama-lamanya kita akan gagal menampilkan islam dari sudut yang sebenar.Natijah dari tindakan bodoh kita bernaung di bawah sistem tinggalan penjajah ialah,hala tuju negara dan rakyat adalah sama arah dengan hala tuju negara dan rakyat negara yang bukan islam.Mereka mencipta ketamadunan yang membeliakkan mata,namun dimasa yang sama mereka gagal membawa unsur moral kedalam ketamadunan dan masyarakat menyebabkan masyarakat menjadi rosak dari aspek keinsanan.

Percayalah sesungguhnya jika al-quran itu tidak turun kepada manusia sekalipun, manusia pasti dapat mencari haluan kearah kemajuan dan ketamadunan.Al-quran memandu kearah tujuan hidup dan matlamat pengabdian yang hakiki.Persoalan "hidup untuk apa?" merupakan satu persoalan yang masih samar-samar jawapannya di minda manusia yang mendiami ketamadunan material.Adakalanya mereka hidup untuk kebahagiaan, cinta, harta dan sebagainya,namun jauh disudut hati mereka pasti ada keraguan bagi jawapan tersebut.Al-quran turun pada lidah rasul-Nya mengajar kepada manusia jawapan tersebut,sesungguhnya matlamat hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah,tuhan yang satu.

Agak menarik juga apabila Dr Asri ada menyebut,ahli agama perlu memikirkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dari pangkal masalah.Bagi saya,masalah utama yang kita hadapi ialah sistem kuffar yang masih menaungi kita.Inilah pangkal masalah yang wajib menjadi tumpuan ahli agama dan politik untuk mengubahnya kepada satu sistem islam yang tulen dan indah.Sekiranya pembaca tidak bersetuju dengan pendapat ini,silakan untuk tidak bersetuju.Carilah pangkal lain yang boleh difikirkan kepada punca mengapa kita gagal mewajahkan islam yang tulen,selesaikannya dan anda pasti mendapati wjah islam yang sebenar masih gagal untuk ditampilkan.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa,apa jua usaha dan jalan yang di rintis,jika kita masih bernaung dibawah sistem yang membenarkan kecelaruan sistem islam,pasti usaha itu akan gagal!

bersambung ...

.... rest of template code ....

7 Comments:

  1. Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    tadi sy ada mengikuti pengajian..Ust.Dr,Badrul Amin.
    tapi sampai terlewat.lagi 15 minit sblum habis kuliah. Beliau ada sebut skrg ni yang hilang o "missing link" :
    fiqhul ibadat
    addaulah
    siasah syari'ah

    tapi sy tak dpt tngkap sgt..sbb isu yang dibincangkn mmg isu semasa.yg saya pun tak berapa arif dgn keadaan isu2 semasa yg semakin panas.

    dia menekankan..mcm perpecahan umat islam skang..cth mcm unsur wahabi,semua tu rentetan dari puak zionis. org barat yang menyokong.utk melihat org islam berpecah.dia sebarkan fahaman ni,agar kita leka dan sibuk berbalah hanya kerana isu2 kecik yang dah dipersoal oleh para ulama' 100 tahun yang lalu.tapi diungkit kini dan dijadikan isu.dan akhirnya umat islam tu tak dapat bersatu.berpecah kpd beberapa golongan yang punya fahaman berbeza dari islam yg satu!
    sunnguh menyedihkan bila dengar ini berlaku,tapi keadaan ni sudah lama berlanjutan.
    yang pastinya kekuatan ummah itu,seperti yg Dr. ckp, umara' berkuasa.kalau rakyat dpt bergabung dgn umara' sama bergabung tenaga memacu,pati ummah itu akan menjadi kental dan padu.
    tapi skrg ni,umara' telah bertindak mengguna kuasa yg ada pada mereka menyekat dari ajaran agama itu sendiri tersebar meluas kerana kepentingan mereka sendiri.ustaz2 yg beri ceramah tak boleh buat apa, hanya bersemangat je.semangat je yg ada.tapi takde autoriti.ulama'2 pula dipinggirkan.kini yg ade autoriti antara mufti2 islah mufti perak,harussani.ust kata,kerajaan johor langsung bann mufti tu dari bg ceramah o masuk negeri johor utk bagi ceramah.mungkin jugak salah satu assebab allah turunkn bala' atas negeri johor utk diambil peringatan bahawa ulama' tu pewaris nabi.jangan sampai mereka memulaukan ulama' tunggu sajalah kebinasaan.seperti hadis nabi yg ada sy hafal,tapi dh luper sanad dia..

    "akrimu ulama' fainnahum warasatul anbiya'.faman akramahum, faqad akramallah wa rasulahu"

    saper,memuliakan ulama'dia memuliakan nabi.saper memuliakan nabi dia memuliakan ALLah..

    itulah pengajaran yg sy dapat untuk hari ini...kalau ada yg tersilap harap ditegur dan diperbetulkan bersama..
    sekadar berkongsi wacana ilmu..
    wassalam..
    syahid_zul said...
    assalamualaikum zala..
    lama xnmpak.skolah baru start sibuk ke?hehehe...
    Apa2pun betul apa yg dikatakan oleh saudari zala..
    syukran atas komen
    Anonymous said...
    Benar, pokok masalah sekarang adalah ketiadaan daulah. Pelik, yang ini sunnah wajib, tetapi ramai yang tidak ambil endah, tetapi sunnah sunat (poligami etc )banyak pula yang mengamalkannya dengan alasan itu sunnah nabi. Agaknya ramai yang berpegang kepada 'asalkan kerajaan itu masih benarkan aku solat dan puasa, pergi haji dsb, tak payahla susah-susah aku berusaha nak kerajaan lain'.

    Bagaimana hendak kita pastikan bahawa seluruh umat di Malaysia mahukan kerajaan Islam yang sebenarnya andainya mereka sendiri tidak tahu kerajaan bagaimana yg sepatutnya ada? Berapa ramai agaknya yang pernah mendengar tentang sistem khalifah (selain dari yang diceritakan dalam buku teks sejarah)? Dalam media pernahkah menyebutkan ttg khalifah? Saya merujuk archive majalah TIME sekitar 1924, pada masa itu even media barat aware tentang kewujudan dan kepentingan sistem khalifah. Tidakkah jelas bahawa even pengetahuan tentang sistem ini pun sudah dihapuskan, supaya generasi Islam tidak tahu apa-apa tentangnya.

    Obviously, something needs to be done. Keep educating people about this I guess?
    Unknown said...
    yup.
    i am having my hectic life.the hectic life just begin.huhu...
    quite worried bout it.
    Abu Naqibah said...
    Assalamualaikum warahmatullah...

    Betul... Islam yang kita amalkan hari ni dah lari dari landasan... Sebabnya? Sebab kita takut nak hidup susah. Orang kafir gunakan teknik dajjal untuk memusnahkan kita. Ikut aku atau mati. Dan sebab takutkan mati dari hidup, kita biarkan iman kita mati...

    Zaman berzaman, manusia mula buat modifikasi terhadap ajaran Islam. Yang haram mula cuba dihalalkan. Yang mulia, mula dijadikan hina. Apabila manusia menolak kemewahan dan mengutamakan zuhud, ramai yang menggelarkan mereka orang yang sesat dan gila.

    AllahuAkbar... Satu-satunya cara untuk menulenkan Islam ialah dengan menulenkan iman kita. Dan satu-satunya cara untuk menulenkan iman kita adalah dengan memegang kepada sunnah Baginda. Sunnah? Erm... Mufti Johor pun tolak sunnah. Apa lagi yang bawah-bawah...

    By the way, nice blog, akhi. Semoga usaha anda diberkati dan dibalas dengan balasan kebaikan olehNya...

    Wassalamualaikum warahmatulllah...
    syahid_zul said...
    Sunnah...actually apa yg lg parah ialah al-quran pun ada yang tolak..kita sudah smpai ke suatu zaman yg terlalu teruk.Musuh bukan lg kuffar dan zionis,musuh juga bernama dgn nama muslim,beribadah tungang terbalik,tetapi hakikatnya merekalah yg menjadi penghalang kpd islam utk bangkit...

Post a Comment