Yang bernama Yakin !

Yakin , mudah disebut, mudah diungkap, dan mudah diterjemah ke maksud yang biasa.Berdasarkan terjemahan yang selalu kita dengar,yakin difahami sebagai;

betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh
Dalam islam, yakin adalah perbuatan yang tersangat penting sebelum layak kita dii'tifraf sebagai orang islam.Yakin apa?Yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan yakin bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruhNya.Namun orang melayu biasanya menggunakan istilah "naik saksi" mengantikan perkataan "yakin".

Pahit untuk mengakui, kita terlalu "dhaif" untuk mencapai tahap pemahamam yang sebenar berkenaan yakin.Apa itu yakin?Ke tahap manakah perlu yakin?Apakah tuntutannya?Apakan kesan daripada yakin?Persoalan sebegini bukan lagi fokus perbincangan bab akidah yang popular.Agak mengecewakan,persoalan "Allah dimana?" dan bermacam lagi persoalan yang "pelik" diperbincangkan secara meluas.

Percaya atau tidak, semua masalah jenayah, rasuah, kezaliman, dadah, salah guna kuasa akan mampu dibanteras secara effektif jika hakikat yakin itu difahami?

Apabila membaca kembali kisah-kisah rasul-rasul, sahabat, tabiin, ulama silam dan pejuang islam, saya memerhatikan bahawa mereka benar-benar memahami hakikat yakin ke tahap yang paling tinggi !

Lihatlah peristiwa apabila pedang seorang badawi berada di leher rasulullah lalu ditanya "siapa yang dapat menolongmu dari aku?",lalu rasulullah bersabda "Allah!". Dalam peristiwa ashabul ukhdud, apabila seorang ibu yang sedang mendukung anaknya(yang sedang menyusu) sedang teragak-agak (lawan kepada yakin) untuk terjun ke dalam api,lalu anak yang kecil dalam dukungan bersuara untuk meyakinkan ibunya.Dan insan-insan yang dibakar dalam peristiwa dii'tiraf oleh Allah keyakinan mereka dengan firmanNya
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana mereka itu beriman kepada Allah yang maha perkasa lagi maha terpuji yang mempunyia kerajaan langit dan bumi dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu.
Al-Buruj 8-9
Yakin yang sebenar bermula dari hati.Tampa kehadiran hati seluruh bukti keyakinan adalah palsu.Yakin takkan bermula dengan ucapan dan tak mungkin bermula dengan perbuatan!Inilah pembeza paling utama antara insan yang yakin dan insan yang tidak yakin.Di zaman rasulullah terdapat beberapa orang munafik yang pada luaranya sangat hebat amalannya.Menjadi makmum di saf-saf depan ketika solat.Tetapi apabila datang ujian Allah melalui peperangan,mereka tidak keluar berperang!Kerana apa?Kerana yakin tak bermula dengan perbuatan!

Namun,sesuatu peristiwa mampu menjadi sebab kepada lahirnya hati yang yakin.Inilah yang memisahkan kita diakhir zaman dengan sahabat ridhuanullah.Keyakinan mereka juga disebabkan oleh mukjizat rasulullah seperti yang tercatat di dalam beberapa peristiwa seperti pembelahan bulan,isra' mikraj dan sebagainya.Namun itu bukan alasan untuk menjustifikasikan tahap keyakinan kita.Alquran masih kekal ke hari ini sebagai mukjizat terbesar rasulullah.

Apabila datang ujian Allah (dalam berbagai bentuk) maka ter"imej"lah kepada kita perbezaan antara si yakin dan si ragu.Al-quran itu kekal untuk di amalkan ajarannya dalam ucapan dan perbuatan.Insan yang yakin akan mengamalkannya dan insan yang ragu akan meninggalkan ajarannya dengan pelbagai alasan.

Malaysia sebuah negara yang ditadbir tampa berlandaskan ajaran alquran di dalamnya.Alasan untuk meng"ia"kan perbuatan itu ialah "kita tidak mampu!".Saya menerima alasan tidak mampu,tapi saya tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan malaysia tidak melakukan apa-apa untuk berubah dari tidak mampu kepada mampu!Disinilah wajah insan yakin dan insan ragu ter"imej".

Terlebih kecewa apabila bukannya ingin berubah kepada mampu tetapi membanyakkan faktor kepada semakin tidak mampu.Usahlah berbicara soal keyakinan,apabila orang islam juga sedia memaafkan kerajaan sebegitu.Hakikat keyakinan sudah punah ranah!

Hati tak mungkin menipu.Ucapan dan perbuatan mampu menipu.Insan yang ikhlas dalam keyakinan,mereka meletakkan elemen nyawa, harta, bahagia, cinta dan segalanya dibawah hakikat keyakinan kepada Allah.Mereka yakin dengan hati lalu lahirlah ucapan dan perbuatan yang tidak menipu.

Wahai sahabatku...fahamlah hakikat keyakinan ini...

.... rest of template code ....

3 Comments:

  1. hakim dirani said...
    Mungkin faham itu boleh, tapi untuk menhayati dan mengamalkan itu yang menjadi masalah.
    Azo said...
    Ada seorang teman menceritakan tentang bagaimana tingginya penghayatan dan ketinggian iman kanak² di salah sebuah negara di Asia Tengah yg sedang bergolak. Beliau menyaksikan bagaimana kanak² tersebut melontar batu ke arah kereta² kebal musuh lalu beliau bertanya kepada kanak² tersebut "bagaimana ketulan batu boleh melawan kereta kebal musuh yg diperbuat dari besi?" Lalu kanak² itu menjawab "saudara, jika diizinkan Allah walau dengan seketul batu pun pasti dapat meleburkan musuh".

    Lalu saya teringatkan kisah dari Al-Quran bagaimana Allah memerintahkan burung babil menghancurkan tentera bergajah musuh. Renung²kan lah.
    Anonymous said...
    syukran atas komen sdr2..

    keyakinan tu dah kian longgar..mungkin ia tidak dipamerkan,namun perbuatan telah menceritakan segala-gala..

    YA!mungkin agak kurang adil jika judge manusia just melalui perbuatan tampa diketahui kata hatinya,namun perbuatan biasanya dipandu oleh hati..

    "Perbuatan" menunjukkan krisis keyakinan sedang digugat dikalangan masyarakat isla..

Post a Comment