Umur yang meningkat,jangka hayat yang berkurang...

28 Jan 1985,sekitar jam 11:30 pagi,saya di lahirkan ke dunia ini.Satu proses perpindahan alam,iaitu dari alam rahim ke alam dunia.Lahirnya saya untuk menyertai insan-insan lain yang terlebih dahulu lahir daripada saya.Detik mula saya mengenal dunia,kenal ibu bapa dan keluarga,mengenal tawa dan tangis,kenal harta dan kehendak,kenal keinginan dan nafsu,kenal segalanya dan terlebih utama ialah kenal Allah dan Islam.

Saya dilahirkan di kampung,di dalam rumah,disambut oleh bidan kampung.Mungkin pada ketika itu tidak seperti sekarang.Zaman sekarang mungkin terlalu jarang untuk menemui orang yang dilahirkan di kampung.Selalunya dilahirkan di hospital, kelengkapan yang cukup moden dan sebagainya.

Menyoroti 22 tahun saya bernafas dimuka bumi ini,pelbagai pahit manis pengalaman, pengajaran, kesilapan dan kejayaan yang ditempuh.

Namun,beberapa minggu sudah,berlaku sesuatu yang cukup menginsafkan kepada saya. Bayangan kematian!Saya bermimpi saya berada di suatu bangunan yang cukup tinggi.Kemudian ditepi saya ada sebiji bom jangka yang bakal meletup beberapa saat kemudian.Ketika itu,harapan untuk hidup adalah terlalu tipis.Ketika bom tersebut meletup,tiba-tiba pandangan menjadi gelap.

"Mungkin inilah kematian"Detik hati saya...disaat nyawa saya hampir tercabut(pada sangkaan saya),semua kesenangan dunia saya lupakan.Tidak terdetik lansung untuk mengingati mak, ayah, adik beradik,sahabat handai,duit ringgit dan sebagainya.Yang hanya ada difikiran ialah satu soalan yang cukup besar."Adakah aku sudah bersedia untuk mati?"Secara tiba-tiba fikiran saya cuba mengingati amalan-amalan kebaikan yang pernah saya buat.Namun hampa,saya gagal mengingati apa-apa.Apa yang tergambar adalah bayangan dosa yang belum saya taubati...astaghfirullahalazimm... Disaat diri saya berada dalam tahap yang begitu cemas dan menakutkan,muncul bayangan berupa usaha saya di dalam blog ini...barulah muncul sedikit kegembiraan dalam hati walaupun ketika itu saya masih dalam keadaan terlalu takut...

Saya terjaga dari mimpi dan beristighfar panjang...peluh membasahi seluruh tubuh(walaupun pada musim sejuk dengan suhu dalam bilik sekitar 10 darjah celcius)...bermula dari peristiwa itu,setiap kali mata ingin terlelap setiap kali itulah ingatan terhadap kematian menjelma.Alhamdulillah,mungkin ini ingatan Allah terhadap usia saya ini...

Saya dan kita semua pasti meninggalkan dunia ini.Kemudian proses perpindahan ruh seterusnya ialah dari alam dunia ke alam barzakh.Semua kita pada hari ini pasti melaluinya setiap seorang!Bersediakah kita untuk hakikat sebuah kematian yang pasti itu?Alhamdulillah,zaman ini Allah membuka ruang yang terlalu luas untuk kita berjuang pada jalan Allah,untuk kita berbakti disaat umur masih berbaki.Ummah terlalu memerlukan biar setitis pengorbanan kita yang ikhlas.Jeritan ummah yang bernada kecewa, bernada kejahilan, bernada bisu, bergema diserata tempat.

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin,satu zarah usaha kita untuk menolong agama Allah dengan ikhlas,pasti ada ganjarannya di akhirat.Beruntunglah mereka yang dibukakan hati untuk berbakti kepada agama...Ya Allah,jadikanlah umurku yang masih berbaki ini untuk bernilai disisiMu.Janganlah dibiarkan aku menyiakan umur ku ini..dan sudilah kiranya untuk meletakkan namaku ini dalam senarai penghuni syurgaMu...aminn..

Image Hosted by ImageShack.us
syahid_zul 28Jan1985 - (?)

.... rest of template code ....

7 Comments:

  1. MAT JENIN said...
    happy birthday dude! May god bless you...
    Unknown said...
    Ingat hari lahir. Ingat juga hari pergi. Semoga dalam rahmat Allah. Aminnn...
    Ariyatna Adri said...
    Alhamdulillah, aku temui insan yang istiqamah di sini. :D

    selamat hari lahir, semoga Allah memelihara mu dalam perjuangan.
    iRa said...
    jhghj
    syahid_zul said...
    syukran 4 da wish...may Allah bless u all always..
    zf_zamir said...
    hah, semakin tua..hehe

    selamat murah rezki, selamat panjang umur agar mampu menulis lagi..
    Budak Gemok said...
    Selamat Hari Lahir syahid zul..semoga hidup anda lebih bermakna...antara cara untuk bersyukur dengan kelahiran kita adalah merainya dengan berpuasa seperti mana amalan Baginda s.a.w berpuasa dihari kelahirannya. Seorang lagi insan yang sepatut kita ingati dan sanjungi...Bonda kita...semasa itu beliau di antara hidup dan mati.. oleh itu, perbanyakkanlah doa untuknya..wassalam..

Post a Comment