Something about "istiqamah"
Agak lama tidak update blog ni.Setiap kali jemari cuba menaip,fikiran menjadi buntu dan bercelaru.Beberapa kali cubaan untuk update berakhir dengan kegagalan. Percayakah jika saya katakan,
Dalam perjuangan ini,antara perkara yang paling sukar ialah ber"istiqamah"Istiqamah,agak senang untuk di laungkan di mana-mana sahaja mahupun di tulis di buku dan blog-blog.Namun bagi sesiapa yang berada pada kedudukan antara istiqamah dan berputus asa,pasti akan merasai kepayahannya.Apabila datang bisikan-bisikan hati seperti "untuk apa kau berjuang?","masih ramai yang berjuang,serahkan pada mereka dan kau boleh berehat","tak guna bersusah payah demi sesuatu yang tak pasti,adakah kau rasa usaha kau ni berkesan?"..dan berbagai lagi bisikan yang sebenarnya datang dari syaitan laknatullah.
- Ilmu yang cukup dan mantap
- Bersahabat dengan mereka yang istiqamah
- Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
- Mujahadah melawan nafsu
- Berdoa memohon pertolongan Allah..
Ada beberapa sahabat bertanya kepada saya,"bagaimana kau boleh istiqamah?".Untuk istiqamah walaupun cuma ke peringkat ini,entah berapa ribu kali saya bertanya pada diri sendiri,"untuk apa aku istiqamah?".Minda hanya menyediakan jawapan itu.Adakah minda juga yang menjawab?Jika diharapkan minda yang menjawab,sudah pasti saya tak berada disini.
Tidakkah setiap kali ketika kita di uji,kita akan mengangkat tangan dan berdoa?Tidakkah kita yakin Allah pasti sentiasa di situ untuk mendengar doa kita?Dikala manusia meninggalkan kita,dikala kita dicemuh dan dihina,ketika musibah melanda dan ketika apa jua pun yang berlaku,Allah pasti disisi kita dan mendengar setiap jeritan hati kita.Kerana itulah kita berdoa...dikala manusia tidak mendengar suara kita,Allah mendengarnya.
Ianya bermula dengan yakin.Ia pasti berakhir dengan yakin!