Beria-ia membuktikan kesesatan?
Percaya atau tidak,apabila seseorang sesat jalan,dia akan masuk lorong apa sekali pun,mahupun ia tidak macam lorong!Mungkin kerana itu juga orang melayu membuat bidalan bahasa "seperti rusa masuk kampung".Apabila kita sesat dihutan,dan tidak tahu jalan pulang,kemudian ditangan kita ada parang,dengan parang itulah kita akan membuat lorong untuk dilalui.Tindakan sebegitu membuatkan seakan-akan kita berkata "inilah jalan yang boleh membawaku keluar dari hutan ini".
Agama telah datang kepada manusia dalam keadaan lengkap untuk diamalkan.Namun percaya atau tidak,manusia yang sesat dari agama,perilakunya tiada beza dengan orang yang sesat dihutan!Unbelievable?Believe it!Dan ada satu lagi fakta menarik untuk dikongsi.Orang yang tidak sesat boleh mengesan dengan mudah orang yang sesat!Orang yang sesat dalam agama akan sukar untuk mengenalpasti halal dan haram dan sikap inilah yang akan memandu tindakannya.Haram dan halal bercampur aduk,kemudian apa yang dibuatnya itulah selamanya akan disangka betul.Seperti orang yang sesat dihutan.Ia menjangkakan lorong yang diredahnya itulah yang betul.Namun mereka tersilap.Kesilapan yang terlalu besar!
Mungkin ada yang akan mempertikaikan,untuk apa saya highlightkan orang ini disini?Tidakkah ini menjatuhkan namanya?Saya meminta maaf jika cara saya ini keterlaluan.Namun ketika saya mencari-cari contoh yang sesuai,tiba-tiba gambar ini menarik minat saya.Seperti bilamana abu lahab yang mendustai rasulullah itu terakam sikap kebiadabannya didalam al-quran.
Bukan niat saya mempamerkan aib manusia.Bukan juga tugas insan dakwah mengaibkan manusia.Dan saya benar-benar faham bahawa,
jagalah aib insan lain,maka Allah akan menjaga aib mu!Namun inilah contoh jelas untuk membenarkan hujjah saya diatas.Bukan hanya satu contoh,tapi banyak lagi contoh yang boleh ditunjukkan.Hanya menunggu manusia untuk berfikir...Namun manusia itu selalunya enggan berfikir...
bukan juga soal perbandingan..
Isunya ialah,jika manusia sesat,ia gagal menemui jalan yang betul meskipun cuba untuk dicarinya...
Jawapannya ialah,kita perlu pulang kepada islam itu sendiri.
Kita semakin terdesak untuk berfikir hakikat bahawa,Islam itu berdiri dengan jatuhnya 100% jahiliah..
Bagaimana islam itu boleh berdiri di dalam diri jika jahiliah masih mengawalnya?
Gambar dan peristiwa inilah buktinya!
Syukran atas komen!
Yosh..dunia semakin bercelaru.