Menekuni kata-kata Allah dari musibah banjir

Image Hosted by ImageShack.us
Semoga diteguhkan kesabaran saudara-saudara seislam di bumi johor yang diuji oleh Allah melalui musibah banjir yang sedang berlaku.Setiap musibah dan bencana yang berlaku,diselitkan bersamanya kata-kata dari Allah yang sangat halus bunyinya untuk didengari oleh insan yang angkuh dan sombong.Kata-kata berupa peringatan,gesaan supaya bermuhasabah diri,penyucian dosa,ujian kesabaran dan keimanan.Di era millenium ini,kerap benar Allah menurunkan peringatan kepada ummat islam khasnya.Mungkin menyeru kita berfikir dan merenungi,apakah kesilapan lampau dan apakah kesilapan semasa yang sedang kita lakukan.

Disember 2004,gempa bumi berukuran 9 skala richter melanda sumatera dan menghasilkan gelombang tsunami yang begitu besar.Di jepun,saya pernah mengalami kejadian gempa bumi tetapi hanya berukuran 5 skala richter.Itupun hampir-hampir menyebabkan saya berlari keluar dari rumah akibat ketakutan.Dikatakan,apabila bumi bergoyang mencapai 9 skala,manusia akan gagal berdiri tegap diatas tanah.Kejadian gempa di sumatera itu terlalu kuat sehingga menganggu sistem kitaran bumi beberapa milisaat.

Jika kita masih ingat juga,kejadian gempa bumi di Ban iran suatu ketika dahulu.Meragut terlalu banyak jiwa ummat islam.Sekali-sekala marilah kita berfikir,apakah i'tibar sebenar yang ingin disampaikan melalui bencana sebegini?Mengapa perlu kita menunggu bencana datang dan barulah tergesa-gesa mencari kesilapan?Bencana banjir dijohor,wajib menjadi pengajaran buat semua ummat islam dibumi malaysia khasnya,dan seluruh dunia amnya.Ini bukan lagi waktunya untuk kita memasang angan-angan untuk meragui apa yang jelas termaktub didalam al-quran itu.Disana adanya ayat;
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami
perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta'ati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Al-Isra' 16

Tidakkah kita ingin mengambil pengajaran?Lihatlah generasi muda di dalam negara.Tidak keterlaluan untuk saya bertanya,inikah modal insan yang ingin dibentuk oleh negara islam Malaysia?Artis dan penghibur diangkat ke suatu tahap yang melampau-lampau.Kes jenayah yang terus meningkat dari hari ke sehari.Rasuah yang berleluasa.Rakyat yang tertindas.Saya tidak nampak apa-apa kebaikan untuk kita masih boleh bersenang lenang dalam suasana sekarang.

Marilah kita sama-sama menilai kesilapan kita yang selalu dhaif dan lemah ini.Sesungguhnya bala Allah tidak mengenal muslim atau non-muslim,tidak mengenal manusia dan binatang.Apabila bala turun,ia adalah berbentuk umum,mengenai sesiapa sahaja.I'tibar yang diambil bukan untuk sekadar peringatan,tetapi menuntut kita menhisab diri kita.Menginsafi dan berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dari kemurkaan-Nya.Kita doakan dan harapkan,agar bencana yang melanda,dapat menyedarkan hati-hati yang angkuh,dapat menyuci segala dosa dan noda,dapat menjernihkan segala kekeruhan hati supaya hidayah Allah itu dapat turun dan menyelami segenap hati rakyat johor..

Tandanya Allah mengingati kita ialah dengan menguji keimanan kita....Teruskan bersabar!!

.... rest of template code ....

8 Comments:

  1. MAT JENIN said...
    betol 2.. bala kalo nak diturunkan yang tak bersalah pon menjadi mangsa!setahu aku sosial remaja kat JB memang so-sial la..maksiat la..tukang urut la..ckp je nak tukang urut tua ke muda semua ada...ha~h...sape yg harus dipersalah kan...mereka dan keluarga mereka.
    syahid_zul said...
    mreka dan keluarga mreka kat pusat pemindahan bnjir skrg..hehe..
    Apepn sama-sama kita renungi musibah ini..jgn tggu musibah dtg kat kita br nak sedar...
    thnx 4 ur comment!wassalam
    YaMiNa said...
    Dgr cerita2 sahabat yg terlibat dalam misi kemanusiaan sukarela membantu mangsa banjir dijohor, mereka amat perlukan org2 yg dapat memberi dakwah. sekarang ni yg aktif bagi bantuan ngo2 kuffar. x ramai dr kalangan kita.

    tapi tulah, ramai-ramai org yg ditimpa musibah itu, ada juga yg soleh yg beringat....

    tapi ramai juga yg terus alpa dan leka.... ramai2 dalam keadaan tu ada berapa kerat shj yg ingat nak solat. ramai sibuk dengan keadaan yg bercelaru tu sampai tinggalkan kewajipan yg sbnr.

    mcm2 keadaan, mcm2 org dan mcm2 hal... ada yg tak dapat nak kawal nafs amarah dan panas baran, asyik mengeluh tak puas hati...

    ada juga yg amik kesempatan dalam banjir ada peluang pula nak buat kerja overtime... mencuri brg2 dr rumah2 yg kena banjir..

    Ada tukang masak yg bertugas kat pusat pemindahan sampai merajuk tak nak masak pasal setiap kali hidangan, ada je mcm2 komen dan kutukan yg menyakitkan telinga dalam keadaan yg marah-marah. Tak ingat pun nak bersyukur walaupun keadaan susah bgt ada juga yg sudi nak bagi makan. mereka yg masak tu bukan sikit2- utk beribu2 org.

    musibah yg melanda adakalanya bukan buat manusia lg dekat dengan Allah tapi jd sebaliknya bila tidak difikirkan hakikat bahawa Allah tu sdg beri peringatan kpd kita.

    wallahualam
    hakim dirani said...
    Mudah-mudahan doa kita di makbulkan oleh Allah.
    Budak Gemok said...
    Firman Allah Taala yang bermaksud:
    Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (al-'ankabut: 40)

    Akan tetapi kita juga perlu ingat juga firman Allah yang bermaksud:
    alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang-orang yang berdusta. (al-'ankabut: 1-3)

    Dan ujian dan dugaan pasti Allah akan kenakan terhadap hambanya yang beriman, firman Allah taala yang bermaksud:
    Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155)

    Semoga Rakyat Johor tergolong dari kalangan orang-orang yang sabar
    Budak Gemok said...
    This comment has been removed by the author.
    syahid_zul said...
    Yeps btul tu budak gemuk..
    Syukran atas komen saudara.
    FALIZAL said...
    setiap musibah itu ada sebabnya, dan setiap musibah it juga ada hikmahnya.
    jadi kita harus pandai2 menelusurinya!!

Post a Comment