Persiapkan layar dan tunggu saat angin bertiup
Manhaj islam ialah meruntuhkan tamadun materialisme dan masyarakat jahiliah dengan mengembalikan akhlak dalam urusan hidup,undang-undang dan pemikiran ummatnya-Fathi Yakan.
Renungilah sejarah,ketika saat jatuhnya sistem khalifah dibumi turki.Dititik itulah sistem agama dan sistem nilai telah diracuni secara menggila oleh bukan sahaja kuffar,tetapi insan-insan bernama islam berpendidikan barat.Disitu lahirnya Mustafa Kamal Attaturk dan entah berapa ramai lagi yang berpura-pura islamik,tetapi telah diracun.Bukan hanya dibumi turki,bukan hanya dibumi arab,tetapi diseluruh dunia islam dan insan yang telah diracun inilah yang menjadi "puppet" kepada barat untuk memusnahkan islam dari pemikiran orang-orang islam yang berfikir.Disaat inilah istilah
Da'lillah lillah,wamakalil kaisar lil kaisar-tinggallah kepada Allah hak Allah dan kepada pemerintah hak pemerintah.yang membenihkan faham sekularisme bercambah dengan pesat.
Kelam kabutlah seluruh sistem islam,apabila ada kerajaan yang mengambil ajaran islam separuh,dan meninggalkan separuh yang lain diatas nama kompromi,diatas nama kesejagatan dan diatas nama menjaga hati non-muslim.Jika di bumi turki,revolusi Kamaliyyun telah meruntuhkan segala-gala atas nama nasionalisme dan sekularisme,dibumi islam yang lain tidak kurang deritanya.Insan yang paling menanggung deritanya ialah insan ikhlas yang memperjuangkan ketulenan islam dan mengajak kepada ajakan Allah,

Tindakan!
Jika ada niat untuk itu,persiapkanlah layar,tunggu ketika angin bertiup dan kita akan bergerak kearah kebangkitan yang pasti!Persiapkanlah dengan aqidah yang jitu,keyakinan,dan akhlak yang benar-benar unggul untuk kita bangkit sebagai ummat yang terbaik.Kembalilah kepada madrasah al-quran dan al-hadis,berpesan dengan kebenaran dan kesabaran,tekun kearah tamadun ilmu yang dibina diatas akhlak dan nilai,meletakkan prioriti Allah dan keredhaan-Nya itu sebagai matlamat ketundukan.
Tekunlah mendakap agama dikhalayak ramai.Usah lagi malu membaca buku agama,berbicara soal agama ketika kita didalam masyarakat.Jika sekarang kita kekok untuk menatap buku agama didalam bas,didalam tren ditempat terbuka,buangkan ia dari tabiat.Renungkan makna riak yang sebenar.
Melakukan satu kebaikan untuk dipuji itu riak,tidak melakukan kebaikan kerana takut dipuji juga adalah riak!Hentikan mentaliti dikadaran biasa.
Hentikan mengamal agama secara retorik,menganggap agama sebagai sistem adat dan pewarisan yang tidak bererti apa-apa.Kita terlampau selesa kerana menerima dan mengecapi islam secara pewarisan.Tidak sepertimana bilal,sumayyah,amar,dan sahabat r.a yang lain.Tidak juga sepertimana saudara baru yang terpaksa diejek oleh saudara-mara,ada yang dipukul dan disembelih hidup-hidup(diselangor 10 tahun lalu) yang sanggup meredah mehnah dan ujian semata-mata untuk mengecapi nikmatnya islam dan iman.Saya ulangi,kita terlampau selesa!Berfikirlah walau sedetik,untuk apa kita dilahirkan?Adakah untuk menerusi resam biasa seorang islam,atau untuk "mengubah" kearah keredhaan Allah.
Aku lahir dalam keluarga yang biasa
Dibesarkan dalam keadaan yang biasa
Bersekolah di sekolah yang biasa
Mendapat keputusan UPSR,PMR,SPM yang biasa
Masuk universiti yang biasa
Ambil kos yang biasa
Grad dari universiti dengan result yang biasa
Bekerja di syarikat yang biasa
Membeli kereta dan rumah yang biasa
Kemudian mendirikan rumahtangga yang biasa
Mendapat anak yang biasa
Kemudian mendapat cucu yang biasa
Pencen dalam keadaan yang biasa
Kemudian mati dalam suasana biasa
Dan ditanam sepertimana biasa...
Mengubah kearah keredhaan Allah,bukan jalanan "santai" dan bukan juga jalanan biasa.Paling tidakpun,ada harga yang perlu kita bayar.Bersediakah untuk itu?Bersedialah dan set kan ke dalam minda kita,syurga bukan untuk insan yang hidupnya **"selesa" didunia.
Mentaliti Ummah Terbaik
Pada kita ada al-quran dan ada qudwah yang terbaik.Generasi al-quran,telah mewajahkan kepada insan terkemudian mentaliti sebenar ummah yang terbaik.Syed Qutb dalam bab ke-2 "Ranjau Sepanjang Jalan",telah menggariskan sebab-sebab mengapa generasi al-quran dizaman sahabat mampu dilahirkan kedunia ini.
- Menjadikan hanya al-quran sebagai sumber panduan mereka.Hadis pula menjadi tafsiran kepada kehendak al-quran.Hari ini,tafsir al-quran,ilmu kalam,ilmu fiqah dan malah ilmu usuluddin telah bercampur baur dengan falsafah yunani,dogeng parsi,cerita israeliyyat yahudi falsafah ketuhanan kristian dan sebagainya.Apalagi jika ada sebahagian ummat islam yang mengambil separuh dari al-quran dan meninggalkan separuh yang lain.
- Para sahabat mendekatkan diri dengan al-quran bukan dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan,bukan juga mencari hiburan dan panglipur lara.Tiada seorang pun dari mereka yang belajar al-quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga bermaksud menambah bahan ilmu dan ekademik untuk mengisi dada mereka sahaja.Tetapi belajar untuk mengetahui arahan Allah untuk dipraktikkan serta merta kedalam kehidupan mereka.Al-quran tidak akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannyakecuali kepada orang yang datang bertumpu padanya dengan roh dan jiwa ma'rifat yang membuahkan amal dan tindakan!Disini syed qutb menyebut "dasar belajar untuk melaksanakan terus itu faktor utama membentuk generasi al-quran dan belajar untuk dibuat kajian dan penglipurlara itu adalah faktor terbentuknya generasi kemudian.
- lahir pemisahan perasaan sepenuhnya diantara zaman lampau seorang muslim(sahabat r.a) dalam keadaan jahiliah dahulunya dan zaman barunya didalam islam yang melahirkan pula pemisahan menyeluruh dalam segenap hubungan dengan masyarakat jahiliah.Sedangkan kita pada ketika ini hidup dalam suasana jahiliah abad ke-21!
Disaat manusia tampa agama,mereka telah mencipta isme-isme iaitu ideologi ciptaan untuk mengawal manusia.Lahirlah kapitalisme,nasionalisme sosialisme,komunisme, sekularisme,liberalisme dan berbagai lagi nama.Kajilah ideologi-ideologi ini dan kita pasti menemui satu kebenara yang gagal dinafikan oleh barat iaitu,setiap ajaran dalam ideologi-ideologi ini ada dalam islam!Nasionalisme,semangat kebangsaan diajar dalam ajaran islam.Komunisme,iaitu keadilan dan sama-rata untuk semua rakyat diajar dalam islam.Hak peribadi,diajar dalam islam.Buktikanlah kepada dunia,islam adalah penyelesaian kepada krisis ideologi!
Menghadapi masalah sikap dalam berjamaah
Masalah sikap dalam berjamaah dan pergerakan harus dikikis dan dilenyapkan dari fikiran dan hati orang islam.Tidak akan sesat sesuatu kaum sehinggalah ia terlalu radikal atau terlalu kompromi tentang agamanya.Radikal dan hanya menerima apa yang datang dari jemaahnya sahaja merupakan titik kepada kesesatan.Terlalu berkompromi seperti sikap golongan liberal juga mengundang kesesatan.Tidak salah untuk berjamaah,krisis sikaplah yang wajib diperangi!
Jangan hanya membaca sumber dari jemaah kita sahaja.Jika kita tabligh,jangan hanya membaca fadhail amal sahaja.Begitu juga jamaah-jamaah yang lain.Usah ta'sub dengan jemaah sendiri kemudian mengkritik kewujudan jemaah lain.Laksanakan tindakan dalam ruang lingkup kemampuan jemaah kita!
Persiapkan layar

Persiapkan diri kita dengan kefahaman tentang islam.Angin itu akan bertiup.Insyaallah,islam pasti ditempat yang menang!
Bacalah.......fikirkan.......jika ada kekuatan,bertindaklah!
**islam menyediakan cara hidup yang selesa kepada manusia.Jalan perjuangan kearah keselesaan itulah yang tidak mungkin selesa!