Bismillahirahmanirrahim..Ayat tergantung?

Ketika saya kecil , emak dan ayah saya mengajar doa-doa dan bacaan-bacaan dalam solat ketika hendak tidur ! Entah kenapa waktu sebegitu menjadi pilihan mereka . Kalau diajar pada waktu pagi mungkin ada juga logiknya , otak pada ketika itu fresh dan mudah mengingat apa yang dihafal . Kenapa malam dan kenapa ketika waktu hendak tidur ? Sampai sekarang saya gagal menemui jawapannya . Mungkin ianya tidak mengandungi apa-apa makna . Pada ketika itu , saya dan adik saya selalu tidur dibilik mak dan ayah . Mungkin itu kot jawapannya . Mereka cuba gunakan segala kesempatan yang ada ! Seingat saya juga , ketika kecil saya selalu solat di belakang ayah . Ketika itu ayah selalu menguatkan bacaannya ketika solat . Mungkin selepas mengajar teori , diajarnya pula praktikal .
Ianya berkesan ! Saya mudah ingat bacaan-bacaan dalam solat dan cepat menghafal doa-doa nya hinggalah kepada surah-surah lazim . Namun disitu bukan isu yang ingin saya suarakan disini . Apa benda yang saya hafal sebenarnya ? Mantera ? Apakah gunanya? Apakah simboliknya ? Persoalan itu tidak pernah berjawab sehinggalah saya memahami maksud bacaan-bacaan tersebut .

Ketika saya pulang ke Malaysia 2 bulan lepas , saya belikan untuk mak saya senaskah tafsir .

"Mak , ni ada tafsir al-quran . Ada masa tu ajar la iwan ngan Qilah tafsir ". Kata saya kepada mak saya pada suatu hari sambil menghulurkan senaskah tafsir bertajuk "Tafsir Pimpinan Ar-Rahman".

"Mujur la mung beli zul . Tafsir yang ari tu entah mana gi ntah ". Balas mak saya sambil menyambut naskah tafsir yang saya hulur .

"Berapa harga mu beli ni zul ?"

"E rm..Ada la sket-sket mak". Balas saya sambil buat-buat pandang kearah lain .

"Bukan apa mak , kita pelik bila orang melayu yang khatam al-quran 2 , 3 kali boleh murtad . Sedangkan mereka khatam al-quran pun bukannya mereka faham ." Saya mula berhujjah (memang saya suka berhujjah dengan mak saya )

"Jadi kalau ada masa tu , ajar la iwan ngan qilah tafsir ni . " Saya mengakhirkan perbualan .

Kita bertanya , apa gunanya faham makna bacaan dalam solat . Kalaupun kita tidak faham , solat tetap sah . Ya ! Tetapi bagaimana kita bisa kyusyu' kalau kita tidak tahu apa kita baca ? Saya ada pengalaman membaca petikan dalam bahasa jepun . Tetapi saya tidak faham apa yang saya baca . Akibatnya , masa terbuang dan apa yang saya baca tidak sedikitpun lekat di ingatan . Apa beza solat yang sah dan kyusyu' dengan solat yang sah sahaja ? Seakan kita buat assignment dan ingin menghantarnya kepada lecturer . Assignment A disiapkan dengan lengkap dan Assignment B hanyalah ala kadar (sekadar nak tunjuk yang kita hantar je) . Sudah tentu penilai lecturer terhadap kesungguhan kita berbeza antara A dan B .

................selesai mukaddimah.................

Tafsir..Bukannya terjemahan .
Tahukah kita bahawa Bismillahirahmanirrahim itu sebenarnya adalah ayat tergantung !
Sebagaimana kita menyebut "kereta yang bewarna biru itu..." sebagaimana itulah tergantungnya kalimah Bismillahirahmanirrahim . Bila ayat itu tergantung kita akan bertanya , apakah sambungan ayat ini ?
Sebenarnya , yang menyambungkan ayat ini ialah perbuatan hamba selepas membaca ayat ini !

Bismillahirahmanirrahim , aku makan nasi .
Bismillahirahmanirrahim , aku minum air .
Bismillahirahmanirrahim , aku membaca al-quran .
Bismillahirahmanirrahim , aku memakai kasut .
Bismillahirahmanirrahim , aku menaiki kenderaaan .
Bismillahirahmanirrahim , aku menulis .

Amalkanlah bacaan bismillah sebelum kita mulakan apa sahaja kerja . Insyaallah ada kebaikan yang sukar kita lihat tersembunyi disebalik kalimah ini . Jadikan ianya sebagai amalan mulai dari hari ini !

Sekali lagi ingin saya bertanya , pada kedalaman mana kita pernah memahami islam ?

.... rest of template code ....