Diatas nama kemajuan

Akankah ada lagi bayi yang bakal setia pada agama yang sedang dilupakan?Masihkah ada lagi kanak-kanak yang sudi menggalas al-quran kecil ke tempat mengaji quran?Dalam iktikaf ringkas menjelang senja itu,saya mengeluh panjang merenung pada kejauhan bangunan-bangunan yang sedang naik dan megah di kota raya.Nun gah berdirinya KLCC,KL tower dan bermacam-macam nama.Manakala dicelah-celah bangunan,seakan-akan ulat,LRT menggelunsur laju memacu ke destinasi berikutnya.Terkedek-kedek remaja kota berjalan berkumpul-kumpulan dengan gaya dan fesyen masing-masing.

"yoru no koto dou suru(macam mana dengan malam awak)?"Saya di sergah pertanyaan dari seorang sahabat jepun ketika sedang study di joyfull(sebuah restoran tempat lepak-macam kedai mamak la)

"yoru no koto tte...(maksud awak)?"Saya cuba minta penjelasan berkenaan soalan yang ditanya.

"onnano hito to asobanaino(awak tak buat ape-ape dengan perempuan ke)?"Saya tergamam!Dihadapan saya ialah insan-insan yang tidak mengenal tuhan pun.Jauh sekali untuk mematuhi ajaran agama.

"Saya muslim.Selagi belum berkahwin saya tidak dibenarkan berbuat begitu".Saya cuba menjelaskan.

"Majide(betul ke)?Kitorang kalau tak "main" dengan perempuan taktau la camne jadi.Kalau saya memang takleh takde perempuan.Kalau puasa siang hari mungkin kami boleh tahan.Tapi kalau bab ni..herm.."Lalu diikuti dengan hilai tawa mereka berderai-derai.Saya cuma tersenyum sedikit.Pelikkah aku?Cuma bertanya dalam diam-diam.Dalam diam juga saya memahami mereka.

Itulah muda-mudi jepun.Tiada lagi istilah segan dan silu.Semuanya dikuburkan bersama-masa "mundur" yang dibenci.Lalu mereka bangkit mencipta tamadun material yang indah dan mengagumkan siapa sahaja yang melihatnya.Lalu melelehlah air liur negara-negara dunia ketiga untuk turut sama mengecapi apa yang sedang dikecapi oleh negara maju seperti Jepun.Diantaranya ialah Malaysia.

Landasannya ialah sama,keretapinya juga sama.Matlamatnya hanyalah satu,MAJU!

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid. Menjawab soalan Senator Ustaz Haji Hassan Shukri, beliau memberitahu Dewan Negara daripada jumlah tersebut berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang.

Ianya satu fakta!Bukan niat untuk memburukkan.Ianya hasil kerja insan-insan yang sedang mewarnai masyarakat hadhari yang bersungguh-sungguh mengejar ketamadunan.Jikapun bukan kita,mungkin anak kita,mungkin adik kita,mungkin jiran kita,mungkin cucu cicit kita bakal mengecapi ketamadunan material yang bakal membeliakkan mata-mata manusia.Agama sedang ditinggal pergi.Mungkin orang yang disekeliling kita masih setia bersama sejadah dan naskah quran,tapi ianya hanyalah bilangan orang-orang dagang yang tidak lebih dari 20% manusia yang mencipta masyarakat dimalaysia.

Sekali lagi anak mata saya mengekori sekumpulan remaja yang sedang berjalan berkumpul-kumpulan.Saya lihat mereka sedang menuju kearah deretan bangunan-bagunan yang besar dan tinggi.Sampai disuatu ketika,hilang dari pandangan kerana terhalang oleh bangunan-bangunan.Helaan nafas saya hembus perlahan-lahan.Mengengam buku lima yang jarang-jarang saya gunakan.Masih ada kertaskah lagi untuk saya menulis?Masih ada pembacakah untuk merenungi baris-baris luahan hati?Saya mencapai keyboard...dan menulis...

Dunia Oh Dunia.mp3
(klik butang hijau untuk mendengar)

.... rest of template code ....