Pencinta syahid yang takutkan MATI

Jika ada satu Roller Coaster yang akan memecut dari kelajuan 0 hingga 130 km/j dalam sekelip mata dan 25 meter kemudian akan mendaki curam dengan kecuraman 89 darjah sehingga kepuncak setinggi 60 meter . Kemudian tampa sesaat pun berhenti , roller coaster itu tadi akan menjunam pula kebawah dengan sudut kecuraman yang sama dengan kelajuan jatuh bebas (free fall) dan meneruskan perjalanan mendatar 25 meter sehingga berhenti . Adakah anda sanggup naik roller coaster itu tadi ?

Ia dipanggil Zaturn , di Space-world kitakyuusyuu , Jepun . Saya berkesempatan semalam (22 nov) dalam sesi lawatan sambil belajar anjuran "Sagaken malaysia kyoukai (persatuan rakyat malaysia di saga prefecture)" . Lawatan diadakan ke tiga lokasi iaitu taman botani saga , Kilang kereta toyota kyuusyuu , dan akhirnya ke Space-world di kitakyuusyuu .

Berkira-kira dalam melakukan sesuatu yang mencabar dalam hidup , dan berkira-kira menghitung kemungkinan untuk "mati katak" membuatkan hati yang bergembira sedikit berdebar-debar . Jika begini .. jika begitu .. jika nasib tak baik .. jika berlaku kesilapan teknikal .. dalam saya berkira-kira untuk membuat keputusan untuk naik atau tidak , tiba-tiba saya terfikir . Alangkah sayangnya saya akan nyawa ini . Akankah suatu hari apabila diletakkan pedang ke leher saya , seraya berkata "apakah yang mampu menghalangku dari membunuh mu ?" , akankah saya menjawab "Allah!" , walaupun saya tahu , jawapan itu bisa memisahkah kepala saya daripada badan dan bakal memisahkan nyawa saya dari jasad .

Lalu saya membuat keputusan untuk naik , bersama dengan empat rakan yang lain . Semuanya berlaku dengan begitu pantas . Memecut dengan kelajuan sebegitu , membuatkan saya gagal untuk sekadar menarik nafas sekalipun . Takut ? Risau ? Ibu Ayah di kampung ? tidak sempat saya fikirkan apa-apa . Semuanya bermula dan semuanya berakhir . Lantas saya mengetip bibir , bermonolog sendiri didalam hati , "disana ada satu kuasa yang setiap detik bisa mematikan aku , memisahkan aku dari keindahan segala pertemuan dengan dunia ini".

Itulah kuasa Allah swt . Segala apa yang terjadi , mahupun gugurnya sehelai daun kering dari pokok pada musim luruh , segalanya didalam pengetahuan-Nya . Sejak dari detik pertama saya memasang cita-cita untuk syahid dijalan Allah , sering saya berfikir beberapa perkara . Layakkah aku untuk syahid ? Adakah aku mempunyai kekuatan dan keyakinan setinggi itu ? Membuat keputusan untuk mati , bukanlah sesuatu yang mudah kecuali dengan keyakinan yang padu dan jitu bahawa disana ada kehidupan yang lagi indah dari alam dan seluruh isinya .

Saya berfikir , akankah saya memilih syahid atau berundur setapak untuk melangkah seribu tapak kehadapan sepertimana yang dilakukan oleh sahabat rasulullah , Amar ibnu Yassir r.a , anak kepada sumayyah . Sesungguhnya jalan berundur setapak untuk melangkah seribu tapak dan jalan terus dengan kalimatul haq merupakan jalan yang tidak salah dan kedua jalan itu dibenarkan dengan nas yang jelas . Disitu terletaknya pilihan . Dan dunia dakwah mempersaksikan sudah berapa ramai insan bergelar da'i berpeluang berdiri disitu . As-syahid syed qutb boleh berundur setapak . Mengakui dan mengampu pemerintah tetapi menyembunyikan iman dan kalimatul haq didalam hati untuk menyalakan perjuangan dikala ada kekuatan . Tetapi Syed qutb memilih jalanan syuhada . Jalanan berpisah dengan dunia dan seluruh kenikmatan isinya .

Bagi insan yang bercita-cita untuk syahid dijalan Allah swt , pastinya mengimpikan peluang untuk berdiri ditempat yang pernah syed qutb , amar , dan beratus mungkin beribu lagi para da'i dan syuhada pernah berdiri . Jika kita sebenar-benarnya bercita-cita untuk syahid , bersediakah kita untuk menjawab "Allah" bagi pertanyaan orang yang bertanya , "siapakah yang boleh menyelamatkan kamu dari aku ?" Situasinya mungkin berbeza , soalannya mungkin berbeza dan jawapan juga mungkin berbeza tetapi pilihan yang kita ada tetap tidak berubah angkanya . Hanya dua , hidup atau mati ?

Mungkin semalam saya sempat bertanya kepada diri sendiri "adakah aku takut mati?" . Dan saya berfikir , adakah soalan itu akan saya tanyakan sekali lagi pada diri sendiri ? Namun saya begitu pasti , kali kedua saya bertanya soalan yang sama , situasinya mungkin sudah berbeza . Yakinlah dengan i'tikad yang jitu , jalanan syurga itu pasti menuntut pengorbanan yang memeritkan . Syahid_zul , insyaallah , ianya bukan sekadar satu nickname sahaja ..

.... rest of template code ....