Muhasabah 1

Menginsafi kefahaman saya terhadap islam , membawa saya mengembara jauh ke alam keinsafan . Sesekali akal minta bertanya , adakah saya hanya dilahirkan untuk menyambung tugas-tugas biasa seorang manusia sahaja ? Lahir dalam kebiasaan , dibesarkan dalam kebiasaan , belajar dalam kebiasaan , bekerja dan berkahwin dan apabila sudah tua dan pencen barulah terpinga-pinga mencari bekalan akhirat sebanyak-banyaknya . Kemudian akal mendesak satu jawapan yang lain , adakah saya yang mengambil kursus engineering tidak sepatutnya berbicara dengan "bahasa agama" dan tidak perlu mendalami ilmu agama ? Cukupkah ustaz-ustaz dan ulama'-ulama sahaja mendalaminya ? Adakah saya hanya perlu memusatkan ketaatan ubudiyyah kepada Allah tampa memahami agama dengan lebih dalam ?

Persoalan-persoalan sebegini terlontar kedinding dan kembali kepada saya semula untuk menjawab . Apa yang membuatkan saya bertanya ialah setelah membaca satu artikel panjang lebar di http://ustaz.blogspot.com/ . Artikel yang bertajuk "Apa Ada Dengan Ustaz ? Tak Perlu Semua Jadi PROTAZ ! Tetapi Jadilah PRODIYAH !"

Apabila dihisab dalam-dalam , saya bertanya kepada diri saya dengan penuh ikhlas dan insaf . Apa yang saya cari dalam memuaskan perasaan minat terhadap ilmu agama ? Gelaran ? Pujian ? Kehebatan ? Pangkat ? Nilai dimata manusia ? Atau adakah sebuah keredhaan dari Allah , tuhan empunya alam dan seluruh isinya . Astaghfirullahalazim...Ampunilah aku jika ada sebiji zarah perasaan riak dan mencari keuntungan dunia dalam niat suci mencari ilmu agama ini . Saya cuma mendalami satu sistem "cara hidup" , untuk saya praktikkan dalam keadaan saya faham dan bukan sekadar memakai sistem cara hidup itu hanya dengan bertakliq semata-mata . Jika agama ini hanya "layak" didalami oleh orang tertentu sahaja , apa ada pada nilai sebuah deen ? Tidakkan deen ini untuk manusia ? Saya melontar pertanyaan , sekali lagi ia terkena dinding , dan kembali kepada saya ...

.... rest of template code ....