Tahu Vs Tidak Tahu
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Puisi indah penuh makna hasil karya Allahyarham Dato' Usman Awang akhir-akhir ini sering bermain di fikiran saya . Entah kenapa , ingin sekali saya sambung puisi tersebut . Tetapi kata-kata saya tidak sepuitis kata-kata pengarang asalnya . Jika diberi peluang menyabung puisi tersebut , saya akan tulis ...
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Hari esok engkau akan ditanya .
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Hari esok engkau akan tertanya-tanya .
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara .
Hari esok belum tentu milik siapa .
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Hari esok ditanya ilmu telah kemana .
Adakah sama orang yang tahu dengan tidak tahu ?
Persoalan itu dilontar sekitar 1427 tahun lampau . Setelah 21 tahun saya hidup dimuka bumi , barulah tergerak hati saya untuk berfikir akan jawapan maksud tersirat disebalik soalan "antik" ini .
Apabila difikirkan , Tahu dan tidak tahu sungguh jauh bezanya . Kerana tahu , ada manusia yang rela menanggung risiko berjuta-juta ringgit melabur . Kerana tahu , ada enginneer yang mampu mencipta robot yang mampu berjalan sebagaimana manusia . Kerana tahu , ada doktor yang ada keyakinan untuk membedah otak pesakit walaupun bermain dengan risiko nyawa . Kerana tahu , ada pelajar yang mampu score 100% dalam exam . Kerana tahu , ada pejuang yang sanggup mati ditali gantung kerana mempertahankan kata-kata yang benar...
Kerana tidak tahu , kita biasanya menjadi takut , tiada keyakinan . Diantara tahu dan tidak tahu ada fakta menarik yang ada keuntungun apabila difikirkan .
Orang yang tidak tahu , kita boleh beritahu sehingga dia tahu . Manakala orang yang tahu , susah untuk kita beritahu supaya dia tidak tahu ! Aneh ? Tapi itulah hakikat . Dan satu-satunya jalan dari tidak tahu menuju kepada tahu ialah "beritahu" . Maknanya :
Siapa yang perlu beritahu ? Oh ya . Puisi diatas sering dibacakan pada sambutan hari guru (16 Mei) setiap tahun . Lalu kita bertanya , Hanya gurukah yang memikul tanggungjawab memberitahu ? Atau hanya ustazkah yang layak memberitahu ? Siapa yang tetapkan ketetapan ini ? Kitab mana yang dirujuk ? Sunyi . Tiada jawapan .
Pernah saya berhujjah begini :

Tidak tahu beritahu Tahu
==========================>

Sikap mukmin terhadap insan lain ialah ,
apabila melihat orang tua dia berkata "untunglah orang tua ini kerana banyak amalannya ."
apabila melihat kanak-kanak dia berkata "untunglah kanak-kanak ini masih suci tampa dosa."
apabila melihat orang berbuat dosa dia berkata "untunglah , dia berbuat dosa ketika dia tidak tahu , manakala aku berdosa dikala aku tahu .
Wahai orang-orang yang berkuasa dan wahai orang-orang yang tahu , apakah yang engkau perbuat kepada orang yang tidak tahu ? Engkau akan ditanya . Dan engkau tertanya-tanya . Ditanya kepada tanggungjawab yang tidak terlunas , dan tertanya-tanya kepada diri mengapa menjadi angkuh ! Alangkah kasihan kepada hari esok . Kerana ia bukan milik sesiapa .