Teori sains dalam aplikasi jemaah dan gerakan islam

Bismillah...

Sejak akhir-akhir ini,berkumandang disana-sini suara-suara yang mempertikaikan apa relevannya jemaah dalam sesuatu ummah?Lalu terbentuklah istilah "jemaah centric" dan "ummah centric".Saya membaca beberapa artikel dan membuat perbincangan dengan rakan-rakan berkenaan isu ini.Tetapi disini,saya ingin membawa pembaca kepada satu persepsi lain yang jarang kita sedari kaitannya dengan kehidupan manusia itu sendiri,sains.

Dalam kimia,segala bahan dibina dengan susunan berjuta atom-atom kecil.Katakan ada sepucuk paku yang diperbuat daripada ferum(besi).Tahukah kita besi yang padu itu merupakan hanyalah susunan atom-atom kecil yang terikat antara satu sama lain.Dan satu atom seperti atom hidrogen bersaiz 1.06×10-10 m.Tahukah anda apa yang ada didalam suatu atom.Didalamnya terdapat elektron yang mengelilingi nukleus(ditengah-tengah).

Bayangkan,sekecil benda bernama atom,dikelilingi oleh banyak elektron-elektron yang mengelilingi nukleus,mempunyai satu sistem saling bertindak antara satu sama lain.Anggapkan elektron(yang bewarna hijau bersimbol -ve) itu ialah satu jemaah,dan yang dikelilinginya itu ialah islam,maka ia telah membina satu ummah yang kuat dan teguh.
Dan dalam ilmu kimia,dua atom seperti hidrogen apabila bercantum dengan satu atom oksigen,ia akan menghasilkan unsur air!!Semuanya diatas peranan elektron yang mengelilingi nukleus yang memainkan peranannya sebagai satu partikel yang tidak boleh diabaikan kewujudannya.

Sedangkan kita pada hari ini cuba mempertikai satu jemaah terhadap jemaah yang lain.Betapa kita seakan-akan tidak malu dengan kejadian atom yang membentuk segala benda diatas muka bumi walhal badan kita sendiri.Sedangkan kita mempertikai sistem yang digunapakai oleh atom-atom itu sendiri.

Tidak salah untuk berjemaah dan berkumpulan.Persoalan sikaplah yang perlu dirawat dan bukannya persoalan "kewujudan".Kita tidak akan mampu mempertikaikan mengapa manusia suka berkumpulan atau berjemaah.Kerana ia adalah fitrah.Sedangkan unsur yang membina tubuh badan kita dibina diatas sistem kumpulan atau jemaah.Saling bekerja diantara jemaah membentuk satu sistem yang teratur,kompleks dan indah jika kene cara pengendaliannya.

Allah menganugerahkan manusia kepelbagaian,bukan untuk disamakan kepelbagaian itu.Mana mungkin hitam boleh disamakan dengan putih?Mana mungkin melayu boleh disamakan dengan jepun.Kepelbagaian untuk kita saling kenal diatas prinsip ukhwah,dan bagi ummat islam ditambah iaitu diatas prinsip membesarkan Allah mengatasi segala sesuatu.

Sebelum terbang ke jepun,saya "dikenalkan" oleh senior dengan 2 jemaah yang sedia wujud dijepun dan masalah yang sedang dihadapi diantara keduanya.Ipij dan Amir.Dua nama besar yang bergerak menjalankan program islam dikalangan student malaysia di jepun.Dan tersebarlah dahulunya,ada perselisihan pendapat antara 2 jemaah ini.Yang mana satu perlu diikuti,yang mana satu yang betul dan sebagainya.

Mengapa berlaku masalah sebegini sedangkan matlamatnya ialah sama iaitu untuk dakwah.Apabila berlaku pertembungan dan perselisihan,yang rugi ialah dahwah dan bukannya orang yang berselisih.Bayangkan ada 2 keluarga hidup berjiran.Logikkah jika suatu hari keluarga A dan keluarga B bergaduh berebutkan ahli keluarga masing-masing?Begitu juga dengan jemaah,susunlah program secara hikmah dan perbincangan.Jika orang datang ke program jemaah lain,bersyukurlah kerana orang itu pergi ke program agama.Bukannya pergi ke tempat yang tak tentu hala.Mainkan peranan bagi orang sekeliling kita dan buat yang terbaik.Setiap jemaah ada peranan bagi positionnya yang tersendiri.

Kalau anda meluat dengan jemaah lain yang jujur terhadap dakwah,anda bukanlah seorang pendakwah.Begitu juga seorang penulis seperti saya.Jikapun orang lain tidak baca tulisan saya kerana membaca diblog orang lain(yang berunsurkan islam juga),tiada sebab untuk saya dengki.Sudah lama erti sebenar "berlapang dada" itu berada disangkar prasangka.

wassalam...

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. Unknown said...
    best x fly g jepun??
    Unknown said...
    salam... boleh saya berkenalan? saya aisyah kini berada di kyoto. sedang mencari2 group utk berusrah.. tp masih belum berjumpa

Post a Comment