Aku berfikir...Ah ini alasannya!!

Berfikir
Ada satu tabiat wajib bagi saya tiap-tiap hari . Berfikir . Setiap apa yang berlaku terhadap diri saya , ataupun orang sekeliling , ataupun masyarakat dan ummah , dan segala-galanya tidak lepas dari menjadi fokus untuk saya berfikir . Kerana disana saya memiliki satu kelemahan . Terburu-buru . Saya berfikir , dan dihujung lebuh raya "fikir" saya temui hikmah . Mungkin ini kebiasaan bagi semua insan . Menyandarkan musibah yang menimpa diri diatas perkataan hikmah . Tetapi tidak pula mencari hikmah apabila diberi kebaikan dan keuntungan . Itulah manusia . Saya berfikir..Mengapa manusia begitu ?

Berbalik kepada hikmah , kekadang bila dilanda musibah , kita sekadar mengatakan "oh , mungkin ada hikmah disebalik semua ni.." . Kemudian kita berpura-pura lega kerana dapat tahu setiap musibah itu ada hikmah . Cukupkah sekadar itu ? Apa hikmahnya ? Apa pengajarannya ? Apa kesilapannya ? Kita selalunya enggan berfikir sedalam itu . Seolah-olah lebuh raya "fikir" itu sudah menemui jalan mati . Rupanya ianya hanyalah plaza tol dan bukannya jalan mati . Untuk kita ketahui hikmah dan pengajaran , ada benda yang perlu kita "bayar" . Berfikir !

Sedar tak sedar sudah 21 tahun saya diberi nafas oleh Allah untuk "membuat sesuatu" diatas muka bumi-Nya . Bila difikirkan kembali , adakah kelahiran saya keatas muka bumi ini telah memberi kebaikan kepada orang lain ? Erti hidup pada memberi . Itulah slogan yang dipegang erat-erat oleh Ustz Hasrizal dalam websitenya , saifulislam.com. Saya pula ingin pegang apa sebagai slogan ? Berbalik kepada angka 21 tahun . Selama itu jugalah saya diberi kesempatan berkenalan dengan manusia dipersekitaran saya dan kenal hati budi mereka . Bila saling mengenali , saya temui insan yang sama pendapat , berlainan pendapat , menyukai saya , membenci saya , memahami saya , dan macam-macam . Kepelbagaian mengajar saya mengenal ciptaan Allah yang seunik manusia .

Firman Allah dalam surah Al Hujarat ayat 13 maksudnya: "Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Alasan
Ada cerita menarik berkenaan alasan . Sudah terlalu lama saya pendamkan apa yang saya perasan tentang "perkataan" bernama alasan . Bersetujukah kalau saya katakan , alasan apabila dicari pasti ditemui . Jika kita terlewat bangun pagi untuk solat subuh , pasti kita akan temui alasannya . Sekadar untuk menyedapkan hati dari perasaan berdosa . Jika kita terlupa untuk hantar assignment , masti akan ada alasannya . Benarlah frasa "alasan sangat mudah ditemui !"
Kerana itu , jika kita tidak menyukai seseorang , atau tidak bersetuju dengan pendapat seseorang , paling mudah ialah mencari alasannya . Sedangkan kita lupa , hidup bukan semata-mata untuk mencari bekalan alasan ! Hidup untuk mencari keredhaan Allah dalam perbuatan kita . Kita berkawan , berdebat , belajar , bekerja , dan semua kerja buat kita untuk mencari keredhaan Allah . Sebab itulah , apabila kita menemui seseorang yang berbeza pendapat dengan kita , atau orang yang kita benci , jangan mudah mencari alasan . Carilah jalan untuk berlapang dada dan menasihati dengan kebenaran dan kesabaran .

Erti memberi pada keikhlasan
Disebalik keinginan untuk memberi kebaikan untuk manusia , saya cuba mencari jalanan keikhlasan . John C.Maxwell And Jim Dornan bertanya begini dalam becoming a person of influence :

1) How well do I treat people from whom I can gain nothing ?
4) Am I the same person when I'm in the spotlight as I am when I'm alone ?

2 soalan yang saya petik untuk dikongsikan bersama . Ops .. Sebenarnya saya cuba melontarkan soalan yang sama kepada anda yang sedang membaca . Tanyalah kepada diri sendiri .. Aku berfikir...Ah ini alasannya !!

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. MAT JENIN said...
    hana wa nande kareru no darou
    tori wa nande toberu no darou
    kaze wa nande fuku no darou
    tsuki wa nande akariterasu no

    naze boku wa kokoni irun darou
    naze kimi wa kokoni irun darou

    unmei ka..sadamei ka..
    syahid_zul said...
    unmei ka..sadamei ka..
    peminat one piece ke?
    tp kadang2 bagus jugak berfikir.
    tp perlu ada syariat yg jaga la.
    takut jadik cam ayah pin susah plak..
    hehe..

Post a Comment